Skip to main content

Aa

✕
Individuals
SME
You’re Now at

AKPK's One Stop Portal

-a
+A

Scammer? Jangan Jadi Mangsa Mereka!

Posted on Sep 5, 2023

Kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini dilihat semakin meluas digunakan oleh setiap individu di Malaysia mahupun negara luar sama ada untuk kegunaan peribadi mahupun perniagaan. Sesuai dengan era teknologi yang semakin berkembang, media sosial menjadi jaringan komunikasi utama yang terpantas dan penting bagi setiap individu dan usahawan untuk berhubung, mencari maklumat dan menyebarkan maklumat dengan hanya menggunakan Internet.

Keadaan ini selari dengan dapatan statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terhadap penggunaan Internet yang paling popular di Malaysia, iaitu menyertai rangkaian media sosial, yang mana peratusan capaian isi rumah kepada Internet meningkat kepada 95.5 peratus pada tahun 2021 berbanding dengan 91.7 peratus pada tahun 2020. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Internet dan media sosial telah merebak ke seluruh pelosok masyarakat dan komuniti di semua peringkat umur.

Ini merupakan satu perkembangan yang baik dari sudut penggunaan teknologi oleh masyarakat di Malaysia. Walaupun demikian, kepesatan pembangunan dan kecanggihan teknologi turut disalahgunakan oleh segelintir individu untuk menipu masyarakat demi kehendak dan keuntungan peribadi. Mereka ini dikenali sebagai sindiket penipuan kewangan atau lebih dikenali sebagai scammer. 

Adakah anda tahu bahawa sebanyak 68% jenayah komersial yang dilaporkan adalah merupakan jenayah penipuan dalam talian (PDRM, 2022). Tipu muslihat yang dilakukan oleh sindiket penipuan ini bukan sahaja disasarkan kepada individu, malah ia juga disasarkan kepada usahawan PMKS. Semuanya demi mendapatkan keuntungan yang besar terutamanya sewaktu fasa pandemik yang melihat ramai usahawan terjejas dari aspek kewangan.

Dari waktu pandemik sehingga kini, masyarakat dan usahawan sentiasa dinasihatkan agar berwaspada terhadap tipu muslihat sindiket penipuan yang menawarkan janji manis demi meyakinkan mangsa untuk percaya dan seterusnya ditipu.

Pernahkah anda mendengar atau membaca berita berkenaan penipuan kewangan seperti ini:

 

“Peniaga wanita rugi RM90,194 diperdaya scammer” (Berita Harian, 2022)

“Peniaga 'bundle' dakwa ditipu cecah RM300,000” (Sinar Harian, 2022)

“Ahli perniagaan nyaris ditipu scammer guna nama Ketua Polis Terengganu” (Sinar Harian, 2022)

“Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai LHDN’” (Utusan Malaysia, 2022)

“Peniaga ditipu lebih RM100,000 oleh sindiket dakwa dapat lihat WhatsApp orang lain” (Utusan Borneo Online, 2022)

“Peniaga dakwa ditipu 'Datin Ida' sertai pelaburan Hari Raya” (Astro Awani, 2022)

 

Pasti anda tidak mahu perkara ini terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga. Oleh itu, anda perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan sebelum terpengaruh dengan muslihat dan tawaran daripada sindiket penipuan.

Berikut adalah antara langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya:

  1. Jangan melakukan pemindahan wang dalam talian kepada orang yang tidak dikenali
  • Situasi penipuan biasa: Anda menerima e-mel asing daripada seseorang yang mendakwa dirinya sebagai kerabat diraja yang baru sahaja mendapat warisan harta ekoran kemangkatan ahli keluarganya. Disebabkan statusnya di negara asing, dia memerlukan bantuan anda untuk memindahkan wang yang banyak daripada akaun asing. Sebagai ganjaran, anda akan menerima bayaran yang berlipat kali ganda daripada wang yang dipindahkan.

 

  1. Jangan kongsikan maklumat kewangan
  • Jangan dedahkan sebarang maklumat kewangan anda yang sensitif kepada orang atau entiti perniagaan yang tidak dikenali sama ada melalui telefon, pesanan teks atau e-mel. Anda perlu ingat bahawa pihak bank atau institusi kewangan sama sekali tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi seperti Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code, TAC), Nombor Pengenalan Peribadi (Personal Identification Number, PIN), nama pengguna dalam talian (online username) dan kata laluan (password).

 

  1. Jangan klik pautan e-mel
  • Jika anda menerima e-mel daripada seseorang atau entiti asing yang tidak dikenali dan meminta anda mengklik pautan atau membuka lampiran e-mel bagi memasukkan maklumat kewangan anda, sila padam e-mel tersebut serta-merta!

 

  1. Jangan membeli daripada penjual asing dalam talian
  • Lakukan transaksi dengan pihak-pihak yang anda kenali atau mereka yang mempunyai latar belakang yang boleh ditentusahkan sahaja. Anda perlu lebih berhati-hati sebelum membuat pembelian terutama pembelian secara dalam talian. Anda digalakkan untuk melihat maklum balas daripada pelanggan-pelanggan mereka terlebih dahulu dan memastikan sama ada perniagaan itu wujud atau sebaliknya.

 

  1. Gunakan kata laluan yang lebih kukuh dan sukar digodam
  • Secara amnya, kata laluan yang hanya terdiri daripada kombinasi nombor atau nama haiwan peliharaan adalah lebih mudah digodam. Anda digalakkan membina kata laluan dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol atau menggunakan frasa yang unik dan pelik seperti menggantikan huruf A dengan nombor 4 dan huruf B dengan nombor 8, sebagai contoh.

 

  1. Pasang perisian anti-intip dan antivirus
  • Maklumat sensitif dan peribadi yang disimpan dalam peranti atau komputer anda wajar diberi perlindungan melalui perisian anti-intip, tembok api dan antivirus. Perisian ini dapat memberi perlindungan daripada ancaman kecurian identiti dan lebih terjamin sebelum atau ketika anda melayari Internet.

 

  1. Jangan muat turun perisian daripada notifikasi yang diragui seperti pop-up window
  • Apabila anda berada dalam talian, berhati-hati dengan pop-up window yang kadang kala mendakwa komputer anda tidak selamat dan menyuruh anda mengklik pautan yang tertera. Jika anda berbuat demikian, perisian berbahaya (malware) mungkin akan dimuat turun ke dalam komputer anda dan merosakkan sistem operasi komputer.

 

  1. Pastikan laman web yang anda layari adalah selamat
  • Sebelum memasukkan maklumat kewangan anda di mana-mana laman web, semak status privasi laman web tersebut seperti https://www... (bukan http://www...).

Kesimpulannya, anda digalakkan untuk mengkaji secara terperinci sebelum melakukan sebarang tindakan dan keputusan terutamanya melibatkan individu yang tidak kenali. Bekalkan diri dengan ilmu agar anda dapat mengenal pasti jenis skim penipuan yang digunakan oleh sindiket dan seterusnya menghindarkan diri daripada menjadi mangsa mereka. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Anda ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan tindakan yang harus anda lakukan sekiranya anda telah ditipu? Di mana dan kepada siapa anda perlu membuat laporan? Sertai modul kami bertajuk ‘Penipuan Kewangan’ secara PERCUMA di laman web Power Portal AKPK dengan mengklik pautan di bawah: https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/2092

Bagi usahawan PMKS yang memerlukan panduan kewangan, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kewangan AKPK secara PERCUMA. Lengkapkan dan hantarkan borang dalam talian melalui https://mybijakkewangan.akpk.org.my untuk anda dihubungi.

Jika anda seorang usahawan PMKS yang mahukan ketenangan minda dalam pengurusan kewangan perniagaan anda, dapatkannya daripada AKPK.

Perhatian! AKPK tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menawarkan perkhidmatannya dengan apa-apa bayaran. Semua perkhidmatan AKPK kepada individu dan PMKS adalah PERCUMA.

 

 

Rujukan:

Modul Penipuan Kewangan, Jabatan Pendidikan Kewangan PKS AKPK

 

Kenyataan media, Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 2022:

https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2022/04.%20APRIL/PENGGUNAAN%20DAN%20CAPAIAN%20ICT%20OLEH%20INDIVIDU%20DAN%20ISI%20RUMAH%202021.pdf

 

Newsletter Media sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 2021:

https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202021/DOSM_BKS-10-2021-SERIES_36.pdf

 

Berita Harian (2022, September 28 ), Peniaga wanita rugi RM90,194 diperdaya scammer:

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/09/1005787/peniaga-wanita-rugi-rm90194-diperdaya-scammer

 

Sinar Harian (2022, October 30), Peniaga 'bundle' dakwa ditipu cecah RM300,000:

https://www.sinarharian.com.my/article/228289/berita/semasa/peniaga-bundle-dakwa-ditipu-cecah-rm300000

 

Sinar Harian (2022, Mei 14), Peniaga 'bundle' dakwa ditipu cecah RM300,000:

https://www.sinarharian.com.my/article/202211/BERITA/Semasa/Ahli-perniagaan-nyaris-ditipu-scammer-guna-nama-Ketua-Polis-Terengganu

 

Utusan Malaysia (2022, Julai 17), Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai LHDN’:

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/peniaga-rugi-lebih-rm1-juta-ditipu-pegawai-lhdn/

 

Utusan Borneo Online (2022, November 27), Peniaga ditipu lebih RM100,000 oleh sindiket dakwa dapat lihat WhatshApp orang lain:

https://www.utusanborneo.com.my/2022/11/27/peniaga-ditipu-lebih-rm100000-oleh-sindiket-dakwa-dapat-lihat-whatshapp-orang-lain

 

Astro Awani (2022, Mei 29), Peniaga dakwa ditipu 'Datin Ida' sertai pelaburan Hari Raya:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peniaga-dakwa-ditipu-datin-ida-sertai-pelaburan-hari-raya-363662

✕
Back

Tertiary


The world we live in is increasingly complex, especially for the youths, and they will eventually need to take charge of their future and finances. Financial education in the tertiary stage is for those between the ages of 18 to 25 currently pursuing post-secondary education. Providing them with the appropriate financial know-how at this point will build up their competence in dealing with future financial decisions. This module focuses on cash flow management, the importance of savings and setting up a budget, internet banking and other appropriate topics for university and college students.

Entering Workforce


This stage comprises those between the ages of 20 to 30, i.e. mainly those who are just starting out in life. Financial education is essential to this age group as they learn to be independent in most matters especially financial management. In their minds, a car is a want rather than a need, and normally sits at the top of their list of things to acquire. Our Entering Workforce module focuses on understanding the fundamentals of borrowing and the importance of borrowing productively to encourage positive net worth. Financial education at this stage is also aimed at inculcating the habit of managing debts wisely. The module also introduces the fundamentals of investments and the importance of insurance for a better tomorrow.

Starting and Raising a Family

The module for the next life stage is for those who are starting and raising a family. People in this category are approaching that time in their life when they will normally experience important and meaningful life’s milestones: marriage, children and a new home. Designed for those between 30 to 40 years of age, this module will focus on settling unproductive loans while reducing debt commitments as they prepare for retirement. Emphasis will again be placed on the importance of planning for and protecting against uncertainties by talking about the types of financial tools available. They will learn the various types of insurance policies and be able to decide on the best coverage based on their affordability for their precious family. Education will also be given on the appropriate investments that will provide passive income for a better tomorrow.

Retirement

The transition from working to retiring involves many tough decisions regarding income and lifestyle needs and whether one plans to ease into retirement or otherwise, while considering factors such as wealth management, whether a pension is enjoyed, and EPF balances. These are big decisions with long-term impact on their financial well-being during retirement. To make the best choices, they require sufficient knowledge and intense awareness of how they want to live through their retirement years. Therefore, our pre-retirement module will prepare them for retirement by teaching them the proper use of their investments and review of their portfolio while servicing their insurance policies and settling unproductive debts to improve their net worth positively.



Post – Retirement

You have retired. How would you manage your money now? Considering that the average life expectancy in Malaysia has improved, it is more important now than ever to ensure that you have the financial resources to live a comfortable and happy lifestyle—particularly if you are looking forward to retiring with peace of mind. Taking care of your wealth and making it last are important at this stage. Financial literacy and education is a continuous life lesson that does not end at retirement. Now, more than ever, you need to manage your finances wisely and plan for the unexpected. Our post-retirement module is focused on those who are currently transitioning into retirement or are in the early stages of retirement.

Youth
Early Adulthood
Adult – Middle Adulthood
Elderly