Carian yang Disyorkan
Klik di sini untuk carian pantas
Diterbitkan pada Sep 5, 2023
Kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini dilihat semakin meluas digunakan oleh setiap individu di Malaysia mahupun negara luar sama ada untuk kegunaan peribadi mahupun perniagaan. Sesuai dengan era teknologi yang semakin berkembang, media sosial menjadi jaringan komunikasi utama yang terpantas dan penting bagi setiap individu dan usahawan untuk berhubung, mencari maklumat dan menyebarkan maklumat dengan hanya menggunakan Internet.
Keadaan ini selari dengan dapatan statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terhadap penggunaan Internet yang paling popular di Malaysia, iaitu menyertai rangkaian media sosial, yang mana peratusan capaian isi rumah kepada Internet meningkat kepada 95.5 peratus pada tahun 2021 berbanding dengan 91.7 peratus pada tahun 2020. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Internet dan media sosial telah merebak ke seluruh pelosok masyarakat dan komuniti di semua peringkat umur.
Ini merupakan satu perkembangan yang baik dari sudut penggunaan teknologi oleh masyarakat di Malaysia. Walaupun demikian, kepesatan pembangunan dan kecanggihan teknologi turut disalahgunakan oleh segelintir individu untuk menipu masyarakat demi kehendak dan keuntungan peribadi. Mereka ini dikenali sebagai sindiket penipuan kewangan atau lebih dikenali sebagai scammer.
Adakah anda tahu bahawa sebanyak 68% jenayah komersial yang dilaporkan adalah merupakan jenayah penipuan dalam talian (PDRM, 2022). Tipu muslihat yang dilakukan oleh sindiket penipuan ini bukan sahaja disasarkan kepada individu, malah ia juga disasarkan kepada usahawan PMKS. Semuanya demi mendapatkan keuntungan yang besar terutamanya sewaktu fasa pandemik yang melihat ramai usahawan terjejas dari aspek kewangan.
Dari waktu pandemik sehingga kini, masyarakat dan usahawan sentiasa dinasihatkan agar berwaspada terhadap tipu muslihat sindiket penipuan yang menawarkan janji manis demi meyakinkan mangsa untuk percaya dan seterusnya ditipu.
Pernahkah anda mendengar atau membaca berita berkenaan penipuan kewangan seperti ini:
“Peniaga wanita rugi RM90,194 diperdaya scammer” (Berita Harian, 2022)
“Peniaga 'bundle' dakwa ditipu cecah RM300,000” (Sinar Harian, 2022)
“Ahli perniagaan nyaris ditipu scammer guna nama Ketua Polis Terengganu” (Sinar Harian, 2022)
“Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai LHDN’” (Utusan Malaysia, 2022)
“Peniaga ditipu lebih RM100,000 oleh sindiket dakwa dapat lihat WhatsApp orang lain” (Utusan Borneo Online, 2022)
“Peniaga dakwa ditipu 'Datin Ida' sertai pelaburan Hari Raya” (Astro Awani, 2022)
Pasti anda tidak mahu perkara ini terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga. Oleh itu, anda perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan sebelum terpengaruh dengan muslihat dan tawaran daripada sindiket penipuan.
Berikut adalah antara langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya:
Kesimpulannya, anda digalakkan untuk mengkaji secara terperinci sebelum melakukan sebarang tindakan dan keputusan terutamanya melibatkan individu yang tidak kenali. Bekalkan diri dengan ilmu agar anda dapat mengenal pasti jenis skim penipuan yang digunakan oleh sindiket dan seterusnya menghindarkan diri daripada menjadi mangsa mereka. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Anda ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan tindakan yang harus anda lakukan sekiranya anda telah ditipu? Di mana dan kepada siapa anda perlu membuat laporan? Sertai modul kami bertajuk ‘Penipuan Kewangan’ secara PERCUMA di laman web Power Portal AKPK dengan mengklik pautan di bawah: https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/2092
Bagi usahawan PMKS yang memerlukan panduan kewangan, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kewangan AKPK secara PERCUMA. Lengkapkan dan hantarkan borang dalam talian melalui https://mybijakkewangan.akpk.org.my untuk anda dihubungi.
Jika anda seorang usahawan PMKS yang mahukan ketenangan minda dalam pengurusan kewangan perniagaan anda, dapatkannya daripada AKPK.
Perhatian! AKPK tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menawarkan perkhidmatannya dengan apa-apa bayaran. Semua perkhidmatan AKPK kepada individu dan PMKS adalah PERCUMA.
Rujukan:
Modul Penipuan Kewangan, Jabatan Pendidikan Kewangan PKS AKPK
Kenyataan media, Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 2022:
Newsletter Media sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 2021:
Berita Harian (2022, September 28 ), Peniaga wanita rugi RM90,194 diperdaya scammer:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/09/1005787/peniaga-wanita-rugi-rm90194-diperdaya-scammer
Sinar Harian (2022, October 30), Peniaga 'bundle' dakwa ditipu cecah RM300,000:
Sinar Harian (2022, Mei 14), Peniaga 'bundle' dakwa ditipu cecah RM300,000:
Utusan Malaysia (2022, Julai 17), Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai LHDN’:
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/peniaga-rugi-lebih-rm1-juta-ditipu-pegawai-lhdn/
Utusan Borneo Online (2022, November 27), Peniaga ditipu lebih RM100,000 oleh sindiket dakwa dapat lihat WhatshApp orang lain:
Astro Awani (2022, Mei 29), Peniaga dakwa ditipu 'Datin Ida' sertai pelaburan Hari Raya:
Berita Terkini
Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.
Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.
Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.
Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.
Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.