Pada tahun 2006, sewaktu ekonomi kukuh dan kredit pengguna terkawal, langkah awal untuk menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit kini memanfaatkan begitu ramai rakyat Malaysia.
Pencapaian AKPK
-
Cawangan Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) dan Johor Bahru dibukaModul Pengurusan Kewangan Peribadi (PKP) dibangunkan
-
Cawangan Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching dibukaTempoh pemprosesan Program Pengurusan Kredit (PPK) dipercepatkan menjadi 5 hari
-
Cawangan Melaka, Kuantan dan Ipoh dibukaPKP disesuaikan untuk pelatih Program Latihan Khidmat NegaraProgram Pendidikan Kewangan dibangunkan berasaskan buku AKPK, ‘Celik Wang’
-
Cawangan Alor Setar dan Kota Bharu dibuka‘PKP di Tempat Kerja’ diperkenalkan (bagi sektor awam dan swasta, NGO dll)
-
Tapak web korporat, surat berita elektronik dan media sosial AKPK dilancarkan(Modul PKP (‘Celik Wang’) diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia untuk membawa 1 jam kredit
-
Pemprosesan PPK dipercepatkan menjadi 3 hari menggunakan Program Pengurusan Kredit Dalam TalianBuku AKPK, ‘POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda’ dilancarkanPortal pembelajaran dalam talian—POWER!—dilancarkan
-
Buku dan ceramah kewangan POWER! terdapat dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil
-
Kolaborasi pertama dengan VISA untuk mempromosikan literasi kewangan dalam negara
-
Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
-
Pemprosesan PPK dipercepatkan menjadi 1 hari sahaja dengan menggunakan Sistem Teras Perniagaan atau ‘Core Business System’ (CBS)Sebuah kumpulan fokus yang menggunakan PKP telah menambahbaik prestasi perniagaan Sahabat AIMEmpat modul baharu diperkenalkan – Pengajian Tinggi, Permulaan Pekerjaan, Famili, dan PersaraanAgenda Kemandirian AKPK bermula (menerusi Inisiatif Pemulihan Kos PPK)
-
Projek rintis ‘SELFY’ (Literasi Keusahawanan Sosial untuk Belia) dilancarkan untuk melatih pelajar pusat pengajian tinggi mengenai pengurusan kewangan menerusi keusahawanan sosialPenstrukturan semula pinjaman melalui potongan gaji diperkenalkan dalam Program Pengurusan Kredit (PPK)
-
Video Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), iaitu ‘Sahabat Raya’ dan ‘Impian Dalam Harapan’ mula disiarkan di saluran televisyenMelancarkan sebuah modul persaraan yang disesuaikan bersama KWSP, iaitu ‘Persaraan, Bermulanya Perjalanan Baharu’Penstrukturan semula pinjaman perumahan diperkenalkan dalam PPKDilantik sebagai nomini bagi Perkiraan Sukarela (PS) di bawah Akta Insolvensi 2017 untuk menyelamatkan mereka yang berisiko untuk muflis.Anugerah Kolaborator diperkenalkan untuk mengiktiraf rakan strategikDialog ilmiah pertama, ‘Will Effective Financial Literacy Ensure Financial Well-Being?’ dianjurkan untuk memahami kaedah pengajaran berkesan bagi pendidikan kewanganMandiri sepenuhnya melalui Inisiatif Pemulihan Kos PPK
-
Tinjauan pertama bagi tingkah laku dan kesejahteraan kewangan pekerja dewasa warga Malaysia, AFBeS’18, dijalankan di seluruh negaraSimposium literasi kewangan pertama, AFLIT2018, dilancarkan oleh Timbalan Perdana MenteriPortal pembelajaran dalam talian dibangunkan dengan berasaskan modul pendidikan kewanganVideo PSA pendek terus disiarkan di semua saluran TV utamaMenyertai Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) untuk membantu menyeleraskan sebuah strategi pendidikan kewangan kebangsaan di Malaysia
-
Pelancaran Khidmat Nasihat Pembiayaan—inisiatif baharu yang diperkenalkan untuk memberikan bantuan rundingan lanjutan bagi pemohon yang gagal mendapat pinjaman perumahanAnugerah Kolaborator AKPK dianjurkan pada bulan November 2019 dan dilancarkan oleh Timbalan Perdana MenteriMenjalankan lima (5) program awam pendidikan kewanganBekerjasama dengan Bank HSBC Malaysia Berhad untuk menjalankan program ‘Kembara Bijak Wang’ bagi memperkasakan golongan muda Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dan menerapkan nilai-nilai kewangan yang baik dalam kalangan merekaMelancarkan modul atas talian “Rumahku” dan “Duit Together” yang menyasarkan segmen-segmen pengguna tertentuPembangunan Portal FE pada suku ke empat 2019 yang dilangsungkan pada 18 Disember 2019
-
Ibu pejabat AKPK dan cawangan KL dipindahkan ke Menara Bumiputra Commerce, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada bulan JunBermula 1 September 2020, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil telah diamanatkan kepada AKPK.AKPK menyokong kesemua inisiatif kewangan oleh Kementerian Kewangan dan institusi kewangan lain berkenaan dengan kempen Moratorium Kewangan dan Bantuan Pembayaran Semula BersasarMenandatangani MoU dengan Kementerian Perpaduan Negara dan Aiqon Capital Group Sdn Bhd.Bekerjasama selama setahun lagi dengan Bank HSBC Malaysia bagi acara ‘Kembara Bijak Wang’ selepas kerjasama yang cemerlang pada tahun 2019Meraih anugerah ‘Best Public Sector Organisation’ dan ‘CEO Champion for Public Sector Organisation’ di majlis anugerah LIFE AT WORK 2019 TalentCorp
-
Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan lima (5) organisasi pada tahun 2021, iaitu Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), Bank Muamalat Malaysia Berhad, Cybersecurity Malaysia, Prudential Assurance dan CAGAMAS BerhadMenjalankan empat (4) program awam seluruh negara, dengan hampir 2,000 pesertaPada November 2021, AKPK dan industri perbankan bekerjasama mewujudkan dan melancarkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)Bekerjasama sekali lagi dengan HSBC Bank Malaysia untuk program Kembara Bijak Wang 3.0 yang mempunyai jumlah peserta paling banyak, iaitu seramai 6,334 pelajar dari 58 institusi pengajian tinggi seluruh negaraAKPK meraikan ulang tahunnya yang ke-15
Logo AKPK melambangkan komitmen kami kepada rakyat Malaysia

Logo Kami
Logo kami mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (Pengguna) melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap.