Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Pengalaman Penasihat Kewangan

Semasa perundingan, penasihat kewangan akan mengukur tahap keberhutangan dan keupayaan PKS untuk memenuhi obligasi pembayaran balik pembiayaan mereka.
Memandangkan penasihat kewangan memberikan panduan dalam memilih penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah kewangan mereka, PKS juga akan diberikan maklumat bernas tentang kesan pilihan mereka. PKS akan dapat menimbang kebaikan dan keburukan sambil mempertimbangkan kos yang terlibat:
  • iaitu penstrukturan semula, penjadualan semula dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada kepada jumlah keseluruhan pinjaman serta akibat undang-undang
  • iaitu proses pemulihan dan penggulungan syarikat atau penjamin yang diisytiharkan muflis jika syarikat/perniagaan gagal menunaikan tanggungjawabnya kepada institusi kewangan.
Di samping itu, penasihat kewangan juga akan menyediakan:
  • nasihat yang diperlukan untuk mengekalkan dokumentasi kewangan, iaitu akaun yang diaudit, laporan pengurusan kewangan, penyesuaian teknologi e-pembayaran untuk menangani isu mengenai transaksi dan jualan perniagaan, belanjawan, aliran tunai dll.
  • jalan lain yang mungkin untuk PKS yang layak mendapatkan pembiayaan lanjut melalui beberapa entiti, iaitu agensi berkaitan kerajaan atau pembiaya ganti seperti pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) dan Equity Crowd Funding (ECF).
Untuk akses kepada pembiayaan daripada kemudahan pembiayaan padanan terbaik yang terdapat di pasaran, PKS dinasihatkan untuk memanfaatkan sepenuhnya imSME sebagai platform rujukan. Untuk memohon, PKS boleh melawat www.imsme.com.my untuk butiran.
Pengurusan kredit yang berkesan boleh membantu mencergaskan semula prestasi PKS dan meningkatkan lagi peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman masa depan daripada institusi kewangan serta institusi bukan kewangan. Ini secara tidak langsung membantu ekonomi negara dan juga memelihara kesejahteraan sumber pendapatan di samping meningkatkan lagi daya saing PKS kita pada masa hadapan.

* *Sekiranya mampu, PKS dinasihatkan untuk menyambung semula obligasi pembayaran balik pembiayaan mereka kerana sebarang keputusan yang tidak perlu untuk menangguhkan ansuran atau untuk menstruktur semula atau menjadualkan semula pembiayaan akhirnya akan meningkatkan kos keseluruhan hutang yang perlu dibayar balik oleh PKS pada masa hadapan.

 

Jadual Khidmat Nasihat Kewangan

Perkhidmatan ini disediakan di semua cawangan AKPK di seluruh negara dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Harap maklum bahawa pejabat ditutup semasa cuti umum.

Cawangan
Hari
Masa
Semua Cawangan AKPK
Isnin hingga Jumaat
9 pagi – 4 petang
Kota Bharu dan Kuala Terengganu
Ahad hingga Khamis
9 pagi – 4 petang
Semua Cawangan AKPK
Hari:
Isnin hingga Jumaat

Masa:
9 pagi – 4 petang
Kota Bharu & Kuala Terengganu
Hari:
Ahad hingga Khamis

Masa:
9 pagi – 4 petang
 

Bantuan Pembayaran Balik Bersasar

Ketahui Lebih Lanjut

Pakej Bantuan Bayaran Balik (RA) Oleh Institusi Kewangan

Ketahui Lebih Lanjut
 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang landskap kewangan, perancangan kewangan dan pengetahuan lain yang berkaitan untuk perniagaan anda? Lihat bahagian Pendidikan Kewangan kami untuk lebih lengkap dari segi kewangan!

Temui Lagi
 
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia