Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Dapatkan Bantuan Yang Betul

Perkasakan diri anda dan ketahui sama ada Program Pengurusan Kredit kami sesuai bagi anda.

Peranan kami ialah untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran pengurusan wang yang baik agar mereka dapat menjalankan kehidupan dengan kredit yang terurus menggunakan tiga (3) perkhidmatan teras yang berikut:

Pendidikan Kewangan

AKPK menyediakan program dan bahan-bahan berkaitan dengan penggunaan kredit yang wajar dan kemahiran pengurusan kewangan asas, termasuk juga cara menggunakan kredit dengan berhemah.

Khidmat Nasihat Kewangan

AKPK menyediakan dan membantu melalui penilaian mendalam bagi masalah kewangan seseorang dan cara mereka boleh mengatasinya.

Program Pengurusan Kredit

AKPK bekerjasama dengan pelanggan untuk membangunkan pelan bayaran balik pinjaman peribadi, di samping berunding dengan penyedia kredit untuk menstrukturkan semula atau menjadualkan semula pinjaman selaras dengan aliran tunai semasa pelanggan.

Ikuti satu kisah kejayaan bagaimana PPK telah mengubah kehidupan seseorang.

Mohon PPK Sekarang
Mohon Sekarang

Beliau seorang ibu tunggal yang tidak bekerja apabila beliau datang ke AKPK. Suaminya meninggal akibat serangan jantung semasa berumur 40an dan meninggalkan tiga (3) orang anak di bawah umur 15 tahun. Beliau layak mendapat wang persaraan sebanyak RM2000 sebulan daripada faedah keselamatan sosial suaminya. Walau bagaimana, beliau juga dibebani pembayaran balik bulanan bagi rumah dan kereta sejumlah RM1,500. Jelas sekali baki RM500 itu tidak cukup bagi perbelanjaan hidup beliau dengan saraan tiga (3) anak muda.

Pihak PERKESO mencadangkan beliau untuk berunding dengan AKPK berkenaan dengan isu kreditnya. Semasa sesi khidmat nasihat dengan AKPK, didapati yang beliau memerlukan RM1,300 sebulan untuk menampung perbelanjaan kehidupan. Berdasarkan belanjawan tersebut, AKPK telah menstrukturkan semula pembayaran balik bulanan bagi pinjaman rumah dan kereta beliau untuk mengurangkan beban kewangannya.

Ini hanyalah satu daripada banyak kes individu yang mengalami kesusahan kewangan dan tidak mempunyai mana-mana lagi untuk mendapatkan pertolongan. Program Pengurusan Kredit AKPK telah membantu beribu-ribu individu seperti wanita ini untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka.

Capai ketenangan minda dengan kami.

Mohon untuk sertai PPK sekarang
Buat Permohonan Sekarang

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai
Program Pengurusan Kredit Kami

Ketahui Lebih Lanjut

Dapatkan Bantuan Terperinci Dengan
Khidmat Nasihat Kewangan

Ketahui Lebih Lanjut
 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan untuk kebebasan kewangan, pengurusan wang asas, atau tahap kehidupan semasa? Terokai beberapa petua hebat di bahagian Pendidikan Kewangan kami. Ini boleh menjadi batu loncatan anda untuk menjadi lebih lengkap dari segi kewangan!

Ketahui Lagi
 
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia