Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Hutang Boleh Dikawal & Diurus

Masalah kewangan yang membebankan boleh menyukarkan pengurusan kewangan dan kehidupan. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan dalam kehidupan seseorang. Walaupun begitu, jika anda memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan kewangan peribadi, anda boleh menentukan pilihan-pilihan terbaik untuk melepaskan diri daripada belenggu hutang dan kembali semula kepada pengurusan kewangan yang betul.

Ingatlah, GAGAL MERANCANG BERERTI MERANCANG UNTUK KEGAGALAN..

Terokai program pengurusan hutang

Guna formula 3A untuk mengatasi masalah hutang tidak terurus:

Akui

Bahawa anda mempunyai hutang yang tidak terurus.

  • Jangan terus menafikannya. Akui bahawa anda menghadapi masalah
  • Jangan tambah beban hutang, iaitu termasuk membuat pembayaran barangan atau perkhidmatan guna kad kredit

Analisa

Buat Analisa mengenai keadaan anda untuk menilaikan kedudukan kewangan anda.

  • Kumpul semua penyata pinjaman untuk tentukan jumlah hutang setepat mungkin
  • Bandingkan jumlah bayaran balik hutang anda dengan pendapatan
  • Utamakan bayaran balik hutang anda. Langsaikan pinjaman tertunggak dan hutang yang berkadar faedah paling tinggi terlebih dahulu

Ambil Tindakan

Pembetulan dengan segera.

  • Sediakan belanjawan jika belum ada. Belanjawan ini harus masukkan pembayaran balik hutang bulanan yang perlu sebagai perkara pertama dalam perbelanjaan anda
  • Pertimbangkan sama ada wajar untuk gunakan simpanan atau mencairkan asset pelaburan untuk kurangkan hutang
Kembangkan lagi Runtuhkan

Mohon PPK Sekarang

Ketahui lagi

Ketahui tentang Program
Pengurusan Kredit Kami

Ketahui Lagi

Testimonials

 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan untuk kebebasan kewangan, pengurusan wang asas, atau tahap kehidupan semasa? Terokai beberapa petua hebat di bahagian Pendidikan Kewangan kami. Ini boleh menjadi batu loncatan anda untuk menjadi lebih lengkap dari segi kewangan!

Ketahui Lagi
 
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia