Encik Anuar Mohd Hassan
Pengerusi
En. Anuar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AKPK pada tahun 2018. Sebelum ini, beliau telah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat insurans dan takaful. Beliau merupakan bekas Pengarah Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (ICLIF), Malaysia Oxygen Berhad dan Financial Park Labuan (L) Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi bagi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Majlis Insurans ASEAN (Jakarta), The FAIR Non-Life Reinsurance Pool (Istanbul) dan The FAIR Oil and Energy Insurance Syndicate (Bahrain).
Encik Abu Hassan Alshari Yahaya
Pengarah
En. Abu Hassan dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2012. Ketika ini, beliau merupakan Ketua Pasukan Petugas Khas Lembaga Pengawasan Kredit Pengguna untuk Bank Negara Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha kepada Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (2011 – 2018) dan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik (2000-2011). Beliau memegang ijazah dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Monash, Australia.
Encik Devanesan JA Evanson
Pengarah
En. Devanesan dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2017 dan kini merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Audit. Beliau merupakan seorang ahli Berkanun bagi Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan seorang Ahli Felo Berkanun bagi Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIA Malaysia). Beliau juga merupakan bekas Ketua bagi Kumpulan Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman, Ketua Pegawai Kawal Selia dan Ketua Pegawai Operasi Pasaran di Bursa Malaysia. Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan Presiden Jawatankuasa Penasihat ACCA, Gabenor dan bekas Presiden IIA Malaysia dan bekas Ahli Majlis MIA.
Puan Fauziah binti Hisham
Pengarah
Pn. Fauziah dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2017. Kini beliau merupakan Ahli Bersekutu Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), United Kingdom. Beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri perbankan dengan tiga (3) institusi kewangan milik luar negara.
YBhg. Dato TS. Dr. Amirudin Abdul Wahab
Pengarah
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Amir dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2020 dan ialah Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Sdn Bhd. Beliau turut berada dalam Lembaga Pengarah syarikat tersebut dan Lembaga Pengarah TPM IT Sdn. Bhd. Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan pengarah di empat (4) organisasi termasuklah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia (MYNIC). Beliau juga merupakan bekas Ahli Lembaga Eksekutif bagi Digital Perak Corporation Holdings (dulu dikenali sebagai Kperak Implementation and Coordination Corporation).
Datuk Koong Lin Loong
Pengarah
Datuk Koong Lin Loong dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2023. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam perakaunan dan percukaian dan memegang jawatan sebagai Rakan Urusan di Reanda LLKG International dan Pengerusi untuk Panel Cukai Antarabangsanya, Ketua Pegawai Eksekutif di K-Konsult Taxation Sdn. Bhd dan Sebagai Pengarah Bebas di Parkson Retail Group Limited. Dalam sektor PKS pula beliau memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit SME Corporation Malaysia serta Bendahari Agung dan Pengerusi untuk Jawatankuasa PKS merangkap Penasihat Kewangan dan Ahli Jawatankuasa Pasaran Modal di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), antara lainnya.
Pasukan pengurusan kami
LihatEncik Abu Hassan Alshari Yahaya
Encik Devanesan JA Evanson
Puan Fauziah binti Hisham
YBhg. Dato TS. Dr. Amirudin Abdul Wahab
Datuk Koong Lin Loong