
Pengenalan
AKPK menyediakan Alat Nasihat Kewangan Diagnostik Kendiri PKS yang dikenali sebagai MyBijakNiaga untuk membantu perniagaan merancang, mengawal dan mengurus aktiviti kewangan mereka.
MyBijakNiaga akan memberi manfaat kepada mikro-PKS untuk merekodkan transaksi kewangannya dan untuk mengukur kekukuhan kewangannya.
Jika anda seorang usahawan baru dan kurang pengetahuan dan pengalaman dalam asas simpan kira, di sini anda boleh menjejaki jualan dan keuntungan anda untuk urusan perbankan!
Bagaimana ini dilakukan?
Pertama, pengguna dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah, seperti "Berapa jualan anda?", "Adakah jualan anda secara tunai atau kredit?", "Berapa lama tempoh kredit?", dan "Bila anda perlu mengganti stok?”.
Kedua, MyBijakNiaga akan mengira secara automatik dan menyediakan analisis kewangan yang mudah difahami dan praktikal untuk mendorong PKS menjawab soalan lanjutan seperti "Apakah jualan minimum yang diperlukan untuk pulang modal?", "Berapa banyak modal kerja yang diperlukan?”, dan “Bila anda mungkin mengalami kekurangan tunai?”.
Ketiga, MyBijakNiaga akan menyediakan “tip ringkas” untuk menasihati PKS tentang tindakan terbaik seterusnya untuk mengurus kesihatan kewangan mereka berdasarkan analisis dan penilaian kewangan, contohnya, “Bagaimana saya boleh menambah baik modal kerja saya?” dan “Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami kekurangan tunai?”.
Keempat, halaman web membantu menyediakan PKS dengan sistem simpan kira yang betul, dan keupayaan merekodkan transaksi perniagaan yang mudah dan menghasilkan penyata kewangan yang sesuai. PKS kemudiannya dapat membuat keputusan perniagaan yang baik dan holistik.
Klik salah satu daripada berikut untuk:
Permodelan Kewangan
Analisa pertumbuhan perniagaan anda dan fahami dana pelaburan perniagaan anda bila-bila masa.
Profil Perniagaan
Jawab kuiz ringkas dan dapatkan profil segera bagi kedudukan kewangan perniagaan anda
Profil Kebolehan Perniagaan
Kuiz ini menggambarkan kecekapan kewangan perniagaan anda
Belajar Lagi
Pelajari dan kukuhkan kemahiran pengurusan kewangan anda melalui bengkel dan kursus kami