- Mana- mana ahli perniagaan yang berpengalaman akan bersetuju bahawa ada banyak cabaran dalam sebuah perniagaan yang berjaya. Perniagaan yang kukuh dan berjaya biasanya dapat dinilai sepanjang kitaran hidup PKS dari permulaan hingga fasa matang.
- Kadang-kadang perniagaan akan menghadapi tekanan kewangan yang hebat kerana ada cabaran dalam dan luar perniagaan seperti bencana alam, pandemik, persekitaran perniagaan mencabar, pecah amanah, keputusan perniagaan yang salah dan persaingan yang sengit. Untuk terus maju, sesebuah perniagaan perlu tahu cara menghadapinya.
Kepentingan Aliran Tunai
- Aliran tunai yang positif adalah sangat penting bagi sesebuah perniagaan. Ia menjadi penunjuk jelas sama ada perniagaan itu berpotensi dan mampu membawa keuntungan. Dengan perancangan kewangan yang baik serta pengurusan dana yang sihat ia mampu untuk mencerminkan sebuah perniagaan menumpukan kepada kestabilan dalam pengurusannya
- Walaupun sesebuah perniagaan itu mendapat keuntungan yang tinggi tetapi sekiranya tidak mampu untuk mengutip hasil dari jualan kredit dalam masa yang tepat akan menjejaskan keadaan kewangan perniagaan. Walaupun keuntungan dan aliran wang mencukupi untuk menjalankan perniagaan, ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung hutang-hutang dan bayaran lain.
- Kadangkala, ada perniagaan yang mengalami kesusahan apabila tidak dapat mencipta aliran wang yang mencukupi untuk terus menjalankan perniagaan, membayar pemiutang dan membuat bayaran balik pinjaman bank tepat pada masanya.
Memulihkan Semula Perniagaan
- Cabaran yang kita hadapi mungkin sementara. Perniagaan kita boleh dipulihkan menggunakan strategi dan perancangan perniagaan yang baru. Contohnya, kita boleh menjual produk baru, berhenti menjual produk yang merugikan, ubah strategi pemasaran, jalankan perniagaan secara digital dan mengambil langkah-langkah yang menjimatkan.
- Contohnya, sebuah syarikat perdagangan mengalami kesempitan aliran tunai kerana tidak dapat bayaran daripada pelanggan. Ini menyebabkan ada banyak bayaran tertunggak. Pemiliknya boleh bertindak segera dengan mencuba lebih banyak cara untuk mengumpul bayaran dan menjalankan perniagaan secara tunai buat sementara waktu. Perniagaan ini juga perlukan dapatkan penangguhan bayaran balik hutang daripada institusi kewangan.
Selamatkan Perniagaan Anda – Dapatkan Bantuan
Pengurusan Kredit Seawal Mungkin
- Apabila pemilik perniagaan ada kemahuan dan keazaman untuk membetulkan keadaan kewangan mereka, mereka harus menghubungi pemberi pinjaman untuk mencari penyelesaian.
- Matlamat pengurusan kredit
- Untuk memberi kelegaan kepada pemilik supaya lebih mudah merancang semula strategi perniagaan
- Memberikan masa untuk memulihkan perniagaan itu
- Untuk buat penyusunan dan penjadualan semula bayaran mengikut kemampuan, keperluan dan keupayaan bayar balik peminjam. Ini juga perlu mengambil kira perniagaan itu dan rancangan pemulihannya.
- Bilakah PKS patut mula minta bantuan jika ada masalah aliran wang?/li>
Mainkan video
Cadangan-cadangan Utama Bagi Pengurusan Kredit
Membuat Pengurusan Kredit yang Khusus kepada Keperluan Sesebuah Perniagaan
Institusi kewangan akan bekerjasama dengan PKS untuk mencari cara terbaik untuk membantu perniagaan mereka untuk membayar balik pinjaman.
Beberapa cadangan pengurusan kredit utama yang boleh dipertimbangkan ialah:
Kurangkan jumlah ansuran bulanan dan panjangkan tempoh pinjaman.
Kurangkan kadar faedah atau kadar keuntungan.
Pengecualian separa atau sepenuhnya bagi pembayaran faedah/keuntungan.
Menukar modal kerja (contohnya overdraf dan aliran dagangan) menjadi pinjaman bertempoh. Tempoh pinjaman ini setimpal dengan kebolehan perniagaan itu untuk membayar balik.
Pembayaran faedah yang serendah mungkin pada mulanya dengan struktur kadar tambah (step-up structure) bagi bayaran balik pokok/bayaran faedah
Penangguhan pembayaran pokok dan/atau faedah bagi satu masa tertentu.