Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Rancang Kebebasan Kewangan

Uruskan hutang anda dengan bijak

Hutang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.

Kebanyakan orang tidak mampu untuk membuat pembelian secara tunai sekaligus. Sebaliknya, untuk mencapai matlamat-matlamat peribadi kita, kita membuat pinjaman untuk membeli rumah atau kereta. Jika kemudahan pinjaman digunakan dengan berhemah, ia boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan. Jika anda memikul beban hutang yang berlebihan, mungkin lebih sukar untuk anda membuat pembayaran balik pinjaman, dan ini boleh mengakibatkan masalah kewangan. Tidak kira peringkat hidup anda, contohnya sekiranya anda baru menamatkan pengajian tinggi ataupun sedang menyimpan demi persaraan, mengetahui cara menguruskan hutang adalah penting.

Pastikan hutang anda boleh terurus dan jangan berbelanja di luar kemampuan. Elakkan membuat terlalu banyak komitmen kewangan. Pengurusan kredit yang baik membolehkan anda mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat manakala pengurusan kredit yang lemah pula akan menjejaskan hidup anda.

 

Pengurusan hutang yang bijak memerlukan disiplin dan motivasi. Antara manfaatnya ialah:

Pengurusan Aliran Tunai
Bertambah Baik

Pengurusan Harta Yang
Lebih Baik

Mengelakkan Pembayaran
Lewat Dan
Caj Penalti

Mengurangkan
Kos Pinjaman

Kedudukan Kredit
Bertambah Baik

Mengelakkan Gangguan
atau Tindakan
Perundangan

Hubungan Kekeluargaan
Semakin Baik

Pengurusan Aliran Tunai Bertambah Baik

Sekiranya anda boleh menguruskan kredit dengan baik, anda akan mempunyai lebihan wang. Ini mewujudkan aliran tunai yang positif. Aliran tunai positif bermakna anda mempunyai baki secukupnya setiap bulan untuk mewujudkan akaun kecemasan, mengurangkan hutang dan melabur. Aliran tunai positif boleh dicapai jika anda membuat belanjawan yang terperinci dan mengikutnya dengan cermat.

Baca Selanjutnya

Pengurusan Harta Yang Lebih Baik

Jika anda mampu menguruskan hutang dengan bijak, anda akan mengurangkan liabiliti dan meningkatkan nilai bersih diri anda. Secara tidak langsung, ini akan membawa kepada pengurusan harta yang lebih baik.

Baca Selanjutnya

Mengelakkan Pembayaran Lewat Dan Caj Penalti

Semakin cekap anda menguruskan hutang-hutang anda, semakin banyak wang dapat dijimatkan kerana anda terlepas daripada membayar pelbagai caj tambahan. Ambillah langkah pertama dalam pengurusan kewangan yang lebih baik dengan membayar hutang tepat pada masanya.

Baca Selanjutnya

Kos Peminjaman Berkurangan

Anda boleh langsaikan hutang lebih cepat jika anda menguruskannya dengan bijak dan sentiasa memantau perkembangannya. Lebih cepat anda melangsaikan semua hutang itu, lebih banyak caj faedah yang anda dapat elak.

Baca Selanjutnya

Kedudukan Kredit Bertambah Baik

Kalau anda bijak menguruskan hutang, anda akan mempunyai rekod prestasi yang lebih baik bagi pinjaman akan datang. Sejarah pembayaran anda dijejak oleh Biro Kredit. Apabila anda bayar tepat pada masanya, anda mendapat skor kredit yang baik dan ini memberikan lebih banyak kepercayaan kepada kedudukan kewangan anda. Setiap kali anda meminjam daripada mana-mana institusi kewangan berlesen, butir-butir hutang dan bayaran balik anda akan dicatat. Sekiranya anda pernah lewat membayar atau gagal membayar pinjaman, pada masa akan datang lebih sukar untuk anda mendapatkan pinjaman.

Baca Selanjutnya

Mengelakkan Gangguan Atau Tindakan Undang-undang

Untuk mengelakkan tindakan undang-undang atau gangguan daripada pembiaya anda, pastikan yang anda sentiasa membuat bayaran ansuran tepat pada masanya.
Jika anda membayar lewat atau terlupa bayar, kedudukan kredit anda akan terjejas. Jika anda terlepas bayaran bulanan, ia akan menjejaskan skor kredit anda dengan serta-merta!

Baca Selanjutnya

Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Anda

Pengurusan hutang yang baik mampu mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli keluarga anda. Pertelingkahan atau salah faham lebih mudah berlaku jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah kewangan. Jika hutang diuruskan dengan baik, hubungan anda dengan keluarga, rakan-rakan dan juga rakan sekerja akan menjadi semakin erat. Ini membawa kepada suasana yang lebih harmoni di rumah dan di pejabat.

Baca Selanjutnya

Kami Turut Memberikan Ceramah Kewangan dan Bengkel Korporat

Tempah Sekarang

Dapatkan Lebih Banyak Maklumat Di Pusat Sumber Kami

Bawa Saya Ke Sana

Layari beberapa bacaan yang kami syorkan. Ilmu kini di hujung jari anda – menampilkan artikel, maklumat grafik, video dan lebih banyak bahan e-pembelajaran. Kesejahteraan kewangan anda bermula di sini!

Pergi ke POWER! Portal
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia