Kenal pasti tanda-tandanya
Anda mengalami hutang berlebihan jika hutang membebankan kehidupan anda.
Kenali empat faktor yang boleh membawa kepada hutang berlebihan.

Kurang Kesabaran & Tamak
Ada orang yang tidak sabar untuk membina kekayaan dan orang menjadi tamak serta terpesona dengan skim cepat kaya hinggakan kehilangan wang begitu sahaja.
Gaya Hidup
Membeli barangan hanya semata untuk mendapat perhatian orang lain boleh menjadi kesilapan yang mahal. Sentiasa berbelanja ikut kemampuan.

Keadaan Tak Diduga
Walaupun sudah laksanakan setiap langkah beringat, adakalanya perkara berlaku di luar kawalan anda. Masalah menjadi cukup kritikal hingga anda kehabisan wang simpanan.
Tren Sosial
Dalam beberapa tahun yang lepas, media sosial dan pempengaruh telah membawa kesan kepada tabiat pengguna Malaysia. Ini membentuk pemahaman lemah mengenai tabiat kewangan jangka panjang.

Berwaspada terhadap tanda-tanda berikut yang mungkin membawa kepada masalah kewangan:
Jika anda mula mengalami mana-mana perkara di atas, dapatkan khidmat nasihat serta merta. Jangan tunggu hingga masalah menjadi lebih teruk. Lebih awal anda mendapatkan bantuan, lebih cepat anda dapat menyelesaikannya.
Kad Kredit
- Hanya membayar baki minimum setiap bulan
- Menambah kepada baki belum jelas setiap bulan
- Mencecah had kredit anda
- Kerap memohon pendahuluan tunai
- Terlepas bayaran bil dan lewat membayar bil
- Kad kredit dibatalkan oleh pengeluar kad
Pinjaman
- Kerap menggunakan ciri overdraf atau pinjaman automatik dalam akaun semasa
- Mendapat notis gagal membayar hutang daripada bank atau peminjam
- Tidak mendapat kredit akibat laporan kredit yang negatif
- Meminjam wang daripada kawan atau keluarga untuk membayar hutang
- Kerap mendapat panggilan dan peringatan daripada pengutip hutang
Simpanan
- Menggunakan semua simpanan pada kadar yang mencemaskan
- Kekurangan simpanan atau tiada langsung simpanan untuk menampung perbelanjaan tidak terduga ataupun kecemasan
Perbelanjaan
- Bergantung kepada kerja sambilan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk menampung perbelanjaan sara hidup
- Gaji bulanan sekadar cukup makan setiap bulan
- Banyak berselisih faham dengan pasangan atau ahli keluarga berkenaan dengan wang
- Tidak tahu berapa jumlah hutang tertentu yang perlu dibayar sehingga mendapat bil.
Berwaspada terhadap tanda-tanda berikut yang mungkin membawa kepada kesukaran kewangan:
- Hanya membayar baki minimum setiap bulan
- Menambah kepada baki belum jelas setiap bulan
- Mencecah had kredit anda
- Kerap memohon pendahuluan tunai
- Terlepas bayaran bil dan lewat membayar bil
- Kad kredit dibatalkan oleh pengeluar kad
- Kerap menggunakan ciri overdraf atau pinjaman automatik dalam akaun semasa
- Mendapat notis gagal membayar hutang daripada bank atau peminjam
- Tidak mendapat kredit akibat laporan kredit yang negatif
- Meminjam wang daripada kawan atau keluarga untuk membayar hutang
- Kerap mendapat panggilan dan peringatan daripada pengutip hutang
- Menggunakan semua simpanan pada kadar yang mencemaskan
- Kekurangan simpanan atau tiada langsung simipanan untuk menampung perbelanjaan tidak terduga ataupun kecemasan
- Bergantung kepada kerja sambilan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk menampung perbelanjaan sara hidup
- Gaji bulanan sekadar cukup makan setiap bulan
- Banyak berselisih faham dengan pasangan atau ahli keluarga berkenaan dengan wang
- Tidak tahu berapa jumlah hutang tertentu yang perlu dibayar sehingga mendapat bil