Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Pelajari Cara Perbaiki Skor Kredit Anda

Skor kredit yang baik meningkatkan peluang untuk pinjaman atau permohonan kredit anda diluluskan. Walaubagaimanapun, patuhi peraturan berikut sebelum
Anda Pilih Untuk Meminjam

1

Buat pinjaman untuk tujuan produktif sahaja atau jika anda benar-benar perlukannya

2

Pinjam mengikut kemampuan anda

3

Anda mempunyai tanggungjawab moral untuk membayar balik hutang anda

4

Pinjamlah daripada Pemberi Kredit Yang Dikawal Selia

Institusi Kewangan Berlesen

Bank komersil yang dilesenkan oleh untuk memberikan produk dan perkhidmatan kewangan kepada orang awam. Sila dapatkan senarai institusi kewangan berlesen di sini.

Koperasi

Koperasi yang dikawal selia di bawah penyeliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Sila lawati laman web SKM di www.skm.gov.mybagi senarang koperasi berlesen.

Peminjam Wang Berlesen

Terdapat peminjam wang yang dilesenkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memberikan pinjaman kepada orang awam. Mereka tidak boleh menerima deposit dan kadar faedah pinjaman mereka biasanya lebih tinggi.

Peminjam Wang Tidak Berlesen

Juga terdapat peminjam wang tidak berlesen, yang lebih kerap dipanggil lintah darat, ceti haram atau Ah Long . Operasi mereka tidak sah. Anda dinasihatkan agar tidak meminjam wang daripada Ah Long.

Kembangkan lagi Runtuhkan

Kejayaan permohonan pinjaman anda bergantung kepada perkara berikut

Tujuan Pinjaman

  • Tujuan memohon pinjaman akan menentukan jenis produk kewangan yang akan diberikan.
  • Kadar faedah dan tempoh perkhidmatan pinjaman ditentukan berdasarkan jenis pinjaman yang dipohon.

Keupayaan untuk bayar balik

  • Jumlah pinjaman akan ditentukan berdasarkan keupayaan pemohon untuk membayar balik pinjamannya.
  • Keupayaan untuk membayar balik pinjaman ditetapkan berdasarkan jumlah lebihan pendapatan dan kestabilan aliran wang pemohon.
  • Nisbah hutang kepada pendapatan juga digunakan sebagai penunjuk dalam menentukan keupayaan pemohon untuk membayar balik.

Sejarah Pembayaran Balik

  • Rekod bayaran bagi pinjaman sebelumnya juga akan dinilaikan oleh pihak bank.
 
Seperti yang dinasihatkan oleh Biro Kredit Malaysia, anda boleh membina sejarah kredit yang baik dengan:
  • Membayar bil tepat pada mazanza
  • Menggunakan hanya beberapa peratus daripada kredit anda
  • Elakkan memohon terlalu banyak kredit pada masa yang sama
  • Teliti laporan kredit setiap tahun
  • Mengambil kira aliran wang apabila mempertimbangkan pinjaman
  • Untuk membina kredit di CCRIS, anda perlu memohon untuk mendapatkan pinjaman atau kredit
Jika Anda Perlukan Nasihat Kewangan Lebih Terperinci, Hubungi Penasihat Profesional Kami
Tempah Janji Temu
 

Berminat untuk belajar lebih banyak lagi mengenai kebebasan kewangan, pengurusan wang atau peringkat hidup anda sekarang? Dalami tip-tip berguna di bahagian Pendidikan Kewangan kami. Mulakan langkah anda ke arah celik kewangan!

Ketahui selanjutnya
 
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia