Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Mengenai AKPK

Lembaga Pengarah Pengurusan

Encik Anuar Mohd Hassan

Pengerusi

En. Anuar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AKPK pada tahun 2018. Sebelum ini, beliau telah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat insurans dan takaful. Beliau merupakan bekas Pengarah Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (ICLIF), Malaysia Oxygen Berhad dan Financial Park Labuan (L) Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi bagi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Majlis Insurans ASEAN (Jakarta), The FAIR Non-Life Reinsurance Pool (Istanbul) dan The FAIR Oil and Energy Insurance Syndicate (Bahrain).

Encik Abu Hassan Alshari Yahaya

Pengarah

En. Abu Hassan dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2012. Ketika ini, beliau merupakan Ketua Pasukan Petugas Khas Lembaga Pengawasan Kredit Pengguna untuk Bank Negara Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha kepada Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (2011 – 2018) dan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik (2000-2011). Beliau memegang ijazah dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Monash, Australia.

Encik Devanesan JA Evanson

Pengarah

En. Devanesan dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2017 dan kini merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Audit. Beliau merupakan seorang ahli Berkanun bagi Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan seorang Ahli Felo Berkanun bagi Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIA Malaysia). Beliau juga merupakan bekas Ketua bagi Kumpulan Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman, Ketua Pegawai Kawal Selia dan Ketua Pegawai Operasi Pasaran di Bursa Malaysia. Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan Presiden Jawatankuasa Penasihat ACCA, Gabenor dan bekas Presiden IIA Malaysia dan bekas Ahli Majlis MIA.

Puan Fauziah binti Hisham

Pengarah

Pn. Fauziah dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2017. Kini beliau merupakan Ahli Bersekutu Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), United Kingdom. Beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri perbankan dengan tiga (3) institusi kewangan milik luar negara.

YBhg. Dato TS. Dr. Amirudin Abdul Wahab

Pengarah
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Amir dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2020 dan ialah Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Sdn Bhd. Beliau turut berada dalam Lembaga Pengarah syarikat tersebut dan Lembaga Pengarah TPM IT Sdn. Bhd. Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan pengarah di empat (4) organisasi termasuklah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia (MYNIC). Beliau juga merupakan bekas Ahli Lembaga Eksekutif bagi Digital Perak Corporation Holdings (dulu dikenali sebagai Kperak Implementation and Coordination Corporation).

 

Datuk Koong Lin Loong

Pengarah

Datuk Koong Lin Loong dilantik sebagai Pengarah AKPK pada tahun 2023. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam perakaunan dan percukaian dan memegang jawatan sebagai Rakan Urusan di Reanda LLKG International dan Pengerusi untuk Panel Cukai Antarabangsanya, Ketua Pegawai Eksekutif di K-Konsult Taxation Sdn. Bhd dan Sebagai Pengarah Bebas di Parkson Retail Group Limited. Dalam sektor PKS pula beliau memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit SME Corporation Malaysia serta Bendahari Agung dan Pengerusi untuk Jawatankuasa PKS merangkap Penasihat Kewangan dan Ahli Jawatankuasa Pasaran Modal  di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), antara lainnya.

Dr. Norhana Endut

Pengarah

Dr. Norhana binti Endut dilantik sebagai Pengarah AKPK pada Mac 2023. Beliau berkhidmat sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia yang bertanggungjawab ke atas Sektor Pengawalan, merangkumi bahagian Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Dasar Kewangan Pruden, Konsumer dan Amalan Pasaran, Dasar Perkhidmatan Pembayaran serta Kelestarian. Dr. Norhana merupakan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Pengurusan Rizab Bank Negara Malaysia.

Pasukan pengurusan kami

Lihat
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia