Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Budaya Korporat

Pada tahun 2014, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Encik Azaddin Ngah Tasir, memperkenalkan nilai-nilai budaya korporat AKPK. Pada mulanya, ia diwujudkan sebagai panduan etika. Kini, ia menjadi panduan tingkah laku bagi semua pekerja agensi ini.

Sebuah jawatankuasa, LEPIN (singkatan bagi nilai-nilai korporat kami) ditubuhkan pada 2017. Tujuannya ialah untuk menggerakkan kempen Budaya Korporat yang membantu pekerja memahami nilai-nilai tersebut. Dari situ, setiap individu di AKPK akan lebih mudah mengamalkan tingkah laku yang mencerminkan budaya itu.

Budaya korporat AKPK terdiri daripada Learning (Pembelajaran), Productivity (Produktiviti), Integrity and Sincerity (Kewibawaan dan Keikhlasan), dan Nobility (Kemuliaan). Pada tahun 2020, nilai Empathy (Empati) ditambahkan kepada budaya itu.

Budaya korporat AKPK yang terkini ialah:

  • Learning is our light

  • Empathy is our stride

  • Productivity is our might

  • Integrity & Sincerity are our guide

  • Nobility is our pride

Kempen Budaya Korporat

Budaya korporat boleh mencipta suasana yang menguatkan nilai-nilai teras AKPK. Ia juga memupuk nilai-nilai ini dalam kalangan pekerja kami. Kerana itu, kami jalankan kempen budaya korporat tahunan sejak 2017. Pada 2019, kempen ini memperkenalkan aktiviti menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit.

Cara baru ini diamalkan selama dua tahun lepas. Kakitangan mendapat jalan cerita buatan dan main peranan sebagai ejen dalam sebuah misi rahsia. Mereka perlu lengkapkan tugasan bagi misi itu. Kedua-dua kempen ini sangat disokong oleh kakitangan. Penggunaan aplikasi telefon bimbit itu memudahkan penilaian tingkah laku kakitangan semasa kempen berlangsung.

Kad Skor Sosial Pekerja : pihak pengurusan AKPK perkenalkan Kad Skor Sosial yang telah dirancangkan tiga (3) tahun lalu
Integrasi Kerja-Kehidupan: Penggunaan aplikasi bimbit semasa cabaran LEPINation pada 2019 dan 2020 banyak memudahkan kakitangan untuk sesuaikan diri kepada keadaan berbeza-beza. Mereka lebih berdikari dan lebih bekerjasama dengan rakan sekerja untuk capai matlamat mereka. Selain itu, ia memupuk semangat kerjasama dan kerja berkumpulan di dalam dan di luar pejabat. Mereka belajar untuk memperbaiki diri bagi pekerjaan boleh dibuat pada masa lapang. Oleh itu, mereka dapat fokus masa bekerja kepada tugas mereka, manakala masa lapang digunakan untuk belajar kemahiran baru. Inilah yang memajukan kakitangan AKPK ke arah integrasi kerja-kehidupan yang juga bermanfaat bagi AKPK.

Kempen Budaya - 2020

Mencipta Poster: Permainan LEPINATION untuk tahun 2020 bertajuk “The Last Judgement”

Lihat lagi

Semua kakitangan AKPK sejumlah 186 orang menyertai LEPINation pada 2020

Lihat lagi

Selain daripada kempen tahunan tersebut, kami turut mengadakan pelbagai aktiviti lain di peringkat syarikat mahupun jabatan untuk memupuk nilai budaya korporat, seperti:

 

Sesi Town Hall bersama Ketua
Pegawai Eksekutif

 

Perbincangan berkumpulan tentang
Persekitaran dan Budaya Sihat di Tempat Kerja.

 

Kelab Sukan dan
Rekreasi AKPK

 

Acara Cari Harta
Karun AKPK

 

Makan Malam Tahunan dan
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pasukan/Jabatan

 

Away Day Jabatan dan
Kegiatan Tanggungjawab Sosial Korporat

Ingin Menjadi Sebahagian Daripada AKPK Hari Ini?

Sertai Kami
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia