Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Mengenai AKPK

 

Pada tahun 2006, sewaktu ekonomi kukuh dan kredit pengguna terkawal, langkah awal untuk menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit kini memanfaatkan begitu ramai rakyat Malaysia.

 

Pencapaian AKPK

  1. Cawangan Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) dan Johor Bahru dibuka
    Modul Pengurusan Kewangan Peribadi (PKP) dibangunkan
  2. Cawangan Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching dibuka
    Tempoh pemprosesan Program Pengurusan Kredit (PPK) dipercepatkan menjadi 5 hari
  3. Cawangan Melaka, Kuantan dan Ipoh dibuka
    PKP disesuaikan untuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara
    Program Pendidikan Kewangan dibangunkan berasaskan buku AKPK, ‘Celik Wang’
  4. Cawangan Alor Setar dan Kota Bharu dibuka
    ‘PKP di Tempat Kerja’ diperkenalkan (bagi sektor awam dan swasta, NGO dll)
  5. Tapak web korporat, surat berita elektronik dan media sosial AKPK dilancarkan
    (Modul PKP (‘Celik Wang’) diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia untuk membawa 1 jam kredit
  6. Pemprosesan PPK dipercepatkan menjadi 3 hari menggunakan Program Pengurusan Kredit Dalam Talian
    Buku AKPK, ‘POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda’ dilancarkan
    Portal pembelajaran dalam talian—POWER!—dilancarkan
  7. Buku dan ceramah kewangan POWER! terdapat dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil
  8. Kolaborasi pertama dengan VISA untuk mempromosikan literasi kewangan dalam negara
  9. Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  10. Pemprosesan PPK dipercepatkan menjadi 1 hari sahaja dengan menggunakan Sistem Teras Perniagaan atau ‘Core Business System’ (CBS)
    Sebuah kumpulan fokus yang menggunakan PKP telah menambahbaik prestasi perniagaan Sahabat AIM
    Empat modul baharu diperkenalkan – Pengajian Tinggi, Permulaan Pekerjaan, Famili, dan Persaraan
    Agenda Kemandirian AKPK bermula (menerusi Inisiatif Pemulihan Kos PPK)
  11. Projek rintis ‘SELFY’ (Literasi Keusahawanan Sosial untuk Belia) dilancarkan untuk melatih pelajar pusat pengajian tinggi mengenai pengurusan kewangan menerusi keusahawanan sosial
    Penstrukturan semula pinjaman melalui potongan gaji diperkenalkan dalam Program Pengurusan Kredit (PPK)
  12. Video Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), iaitu ‘Sahabat Raya’ dan ‘Impian Dalam Harapan’ mula disiarkan di saluran televisyen
    Melancarkan sebuah modul persaraan yang disesuaikan bersama KWSP, iaitu ‘Persaraan, Bermulanya Perjalanan Baharu’
    Penstrukturan semula pinjaman perumahan diperkenalkan dalam PPK
    Dilantik sebagai nomini bagi Perkiraan Sukarela (PS) di bawah Akta Insolvensi 2017 untuk menyelamatkan mereka yang berisiko untuk muflis.
    Anugerah Kolaborator diperkenalkan untuk mengiktiraf rakan strategik
    Dialog ilmiah pertama, ‘Will Effective Financial Literacy Ensure Financial Well-Being?’ dianjurkan untuk memahami kaedah pengajaran berkesan bagi pendidikan kewangan
    Mandiri sepenuhnya melalui Inisiatif Pemulihan Kos PPK
  13. Tinjauan pertama bagi tingkah laku dan kesejahteraan kewangan pekerja dewasa warga Malaysia, AFBeS’18, dijalankan di seluruh negara
    Simposium literasi kewangan pertama, AFLIT2018, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri
    Portal pembelajaran dalam talian dibangunkan dengan berasaskan modul pendidikan kewangan
    Video PSA pendek terus disiarkan di semua saluran TV utama
    Menyertai Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) untuk membantu menyeleraskan sebuah strategi pendidikan kewangan kebangsaan di Malaysia
  14. Pelancaran Khidmat Nasihat Pembiayaan—inisiatif baharu yang diperkenalkan untuk memberikan bantuan rundingan lanjutan bagi pemohon yang gagal mendapat pinjaman perumahan
    Anugerah Kolaborator AKPK dianjurkan pada bulan November 2019 dan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri
    Menjalankan lima (5) program awam pendidikan kewangan
    Bekerjasama dengan Bank HSBC Malaysia Berhad untuk menjalankan program ‘Kembara Bijak Wang’ bagi memperkasakan golongan muda Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dan menerapkan nilai-nilai kewangan yang baik dalam kalangan mereka
    Melancarkan modul atas talian “Rumahku” dan “Duit Together” yang menyasarkan segmen-segmen pengguna tertentu
    Pembangunan Portal FE pada suku ke empat 2019 yang dilangsungkan pada 18 Disember 2019
  15. Ibu pejabat AKPK dan cawangan KL dipindahkan ke Menara Bumiputra Commerce, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada bulan Jun
    Bermula 1 September 2020, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil telah diamanatkan kepada AKPK.
    AKPK menyokong kesemua inisiatif kewangan oleh Kementerian Kewangan dan institusi kewangan lain berkenaan dengan kempen Moratorium Kewangan dan Bantuan Pembayaran Semula Bersasar
    Menandatangani MoU dengan Kementerian Perpaduan Negara dan Aiqon Capital Group Sdn Bhd.
    Bekerjasama selama setahun lagi dengan Bank HSBC Malaysia bagi acara ‘Kembara Bijak Wang’ selepas kerjasama yang cemerlang pada tahun 2019
    Meraih anugerah ‘Best Public Sector Organisation’ dan ‘CEO Champion for Public Sector Organisation’ di majlis anugerah LIFE AT WORK 2019 TalentCorp
  16. Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan lima (5) organisasi pada tahun 2021, iaitu Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), Bank Muamalat Malaysia Berhad, Cybersecurity Malaysia, Prudential Assurance dan CAGAMAS Berhad
    Menjalankan empat (4) program awam seluruh negara, dengan hampir 2,000 peserta
    Pada November 2021, AKPK dan industri perbankan bekerjasama mewujudkan dan melancarkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)
    Bekerjasama sekali lagi dengan HSBC Bank Malaysia untuk program Kembara Bijak Wang 3.0 yang mempunyai jumlah peserta paling banyak, iaitu seramai 6,334 pelajar dari 58 institusi pengajian tinggi seluruh negara
    AKPK meraikan ulang tahunnya yang ke-15

Logo AKPK melambangkan komitmen kami kepada rakyat Malaysia

 

Logo Kami

Logo kami mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (Pengguna) melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap.

✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia