Apakah itu SPPK?
Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) ialah satu cara bagi institusi kewangan dan PKS untuk cari penyelesaian pemulihan hutang dengan aman dan bersama tanpa tindakan undang-undang. SPPK boleh memudahkan pemulihan akaun kewangan bermasalah. Ini dibuat melalui penyusunan semula atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman bagi PKS itu. Selain itu, SPPK juga mungkin boleh beri pembiayaan baru (jika dianggap layak dan patut).
Skim ini membantu semua jenis PKS yang sukar untuk bayar balik hutang kepada institusi kewangan. Ini dibuat dengan:
Lihat lagiBantuan Pembayaran Balik/SPPK – kelegaan kewangan bagi PKS yang mengalami kesulitan
Bank Negara Malaysia memperkenalkan SPPK pada tahun 2003 untuk memudahkan pembiayaan bagi PKS. SPPK membantu pelbagai jenis PKS yang bermasalah untuk bayar balik hutang kepada institusi kewangan. Ini termasuklah PKS yang telah hentikan perniagaan tetapi pemiliknya masih ingin dan mampu untuk bayar balik pinjaman menggunakan sumber pendapatan lain.
Bermula 1 September 2020, peranan dan fungsi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) dipindahkan kepada AKPK. Sejak itu AKPK memberi penyelesaian khusus untuk membantu PKS (termasuk PKS mikro) uruskan hutang dan amalkan pengurusan kewangan yang betul. Kini AKPK menjadi pusat sehenti bagi orang ramai dan PKS yang perlukan perkhidmatan penyusunan semula hutang, pendidikan dan khidmat nasihat kewangan.
AKPK kini memberi lebih perkhidmatan penyusunan semula hutang dan khidmat nasihat bagi PKS yang meminjam daripada lebih dari satu bank. Kerana pengalaman dan kepakaran yang meluas, AKPK juga boleh bantu sesiapa yang ada masalah kewangan. Mereka dapat belajar cara menguruskan kewangan dengan betul melalui Program Pengurusan Kredit. AKPK memainkan peranan penting untuk meningkatkan pengetahuan kewangan rakyat Malaysia melalui pendidikan dan program kaunseling.

Siapa Layak Memohon?
Adakah anda layak untuk memohon Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil? Semua PKS yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman perniagaan layak untuk memohon SPPK dengan syarat:
- Pinjaman perniagaan diperoleh daripada Institusi Kewangan Peserta (IKP) di bawah SPPK
- Syarikat tidak muflis/bankrup
Peranan Institusi Kewangan dalam memulihkan pembiayaan PKS yang bermasalah
Lihat lagiBagaimana Bantuan Bayaran Balik boleh membantu aliran wang perniagaan yang bermasalah?
Lihat lagiSebagai penyedia perkhidmatan kewangan utama, institusi kewangan (bank) penting sebagai bantuan pertama bagi PKS yang ada masalah kewangan. Pihak bank membantu PKS melalui skim-skim seperti skim penyusunan semula, penjadualan semula pinjaman, pengurusan kredit atau pakej bantuan bayaran balik PKS.
Bagaimanapun, pihak PKS juga perlu ambil tindakan sendiri dan merancang pengurusan kewangan supaya ada aliran wang yang baik, terutamanya dalam keadaan mencabar. Jika sukar untuk uruskan tanggungan kewangan mereka harus berunding dengan institusi kewangan berkaitan secepat mungkin untuk dapatkan penyelesaian bagi masalah hutang mereka. Ini mengelakkan mereka daripada gagal membayar hutang dan pihak pemberi pinjaman pula tidak perlu ambil tindakan undang-undang. Jika rundingan tidak memberi penyelesaian yang baik, PKS boleh dapatkan bantuan SPHK. SPHK ialah platfom bebas yang memberikan penyelesaian akhir bagi PKS untuk menyusun semula atau menjadualkan semula pembiayaan perniagaan mereka.
Penglibatan yang mantap antara PKS dan pemberi pinjaman mereka adalah penting dalam mencapai penyelesaian yang munasabah untuk semua pihak berkepentingan. Kemudahan pembiayaan yang bermasalah boleh disusun semula melalui gabungan pelbagai strategi yang telah dilaksanakan, seperti program pembayaran balik interim dengan ansuran bulanan yang lebih rendah, pengurangan kadar faedah dan penukaran kemudahan pembiayaan (jika dianggap sesuai dalam keadaan tertentu) seperti penukaran Overdraf atau Kemudahan Pembiayaan Perdagangan kepada Pinjaman Bertempoh. Objektif program pembayaran balik interim adalah untuk meringankan beban aliran tunai, menyediakan perusahaan dengan masa yang mencukupi untuk memulihkan perniagaan mereka.
Secara amnya, terma pembayaran balik baru dengan ansuran bulanan yang lebih rendah akan memberi ruang bernafas yang paling diperlukan kepada PKS yang bermasalah untuk mereka meningkatkan aliran tunai perniagaan mereka tanpa meningkatkan tahap hutang PKS. Pada akhirnya, pelan atau draf yang dicadangkan menyediakan penyelesaian menang-menang untuk kedua-dua PKS dan bank. Penyusunan semula dan penjadualan semula/pembayaran balik kemudahan pembiayaan yang bermasalah terus menjadi tunjang utama dalam menyokong daya maju dan kemampanan PKS yang menghadapi masalah kewangan.
Proses
Bagaimanakah SPPK membantu?
Skim ini membantu agar pembiayaan dapat disusun semula dengan menggabungkan beberapa langkah. Ini termasuklah memberi kelonggaran seperti menurunkan jumlah ansuran bulanan, kurangkan kadar faedah atau melanjutkan tempoh bayaran balik hutang.
Syarat-syarat penyusunan atau penjadualan semula akan dicadangkan oleh JPPK selepas menilai kemampuan PKS.
PKS perlu terus dapatkan hasil daripada perniagaan yang dijalankan. Jika perniagaan tidak lagi beroperasi, PKS perlu cari pendapatan daripada sumber-sumber lain. Pemilik perlulah mampu bayar balik sekurang-kurangnya separuh daripada tanggungan kewangan mereka semasa tempoh kelonggaran ini.
Biasanya syarat pembayaran balik ini memberikan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah. Ini memberikan PKS peluang untuk memulihkan perniagaan tanpa menambah bebanan hutang. Secara amnya, pelan yang akan dicadangkan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak.
- Penyediaan dokumentasi
Lawati laman web AKPK untuk ketahui dokumen yang diperlukan untuk permohonan anda.
- Permohonan Atas Talian
PKS yang layak boleh menghantar borang permohonan atas talian yang lengkap dan dokumen sokongan melalui laman web AKPK (www.akpk.org.my) .
- Penilaian
Pihak institusi kewangan akan menilai dan membuat keputusan dalam jangka masa tertentu. Jika permohonan ditolak oleh institusi kewangan, PKS ada peluang kedua untuk dapatkan penilaian semula oleh sebuah jawatankuasa bebas, iaitu Jawatankuasa Penyelesaian Pinjaman Kecil (JPPK).
Jika layak, JPPK akan cadangkan institusi kewangan terbabit membantu penyusunan/penjadualan semula bagi pembayaran balik yang berkaitan. Insitusi kewangan itu juga boleh memberikan pembiayaan baru (jika sangat wajar).
Apabila perniagaan merosot, PKS perlu fikir cara untuk pulihkan perniagaan. Mereka perlu jujur dan realistik, dan betul-betul sanggup untuk mematuhi penyusunan semula yang ditawarkan.Tanggungjawab PKS
- Bersedia Untuk Berubah
Bantuan pembayaran balik ini disediakan oleh BNM. AKPK dan pihak bank pula memudahkan pemulihan hutang. PKS pula perlu fikir cara memulihkan semula perniagaan mereka. Mereka perlu jujur dan realistik, dan betul-betul sanggup untuk mematuhi penyusunan semula yang ditawarkan.
- Berfikiran Terbuka
Anda perlu bekerja keras untuk menguruskan hutang dengan baik dan memulihkan perniagaan. Ini memerlukan kesabaran dan azam yang kuat. Pastikan anda bersikap positif dan bergaul dengan orang yang memberi semangat.
- Pastikan Rekod Perniagaan Disimpan Rapi
PKS yang terlibat perlu pastikan rekod perniagaan disimpan rapi, termasuklah akaun yang diaudit. Semua rekod ini menjadi bukti sejarah, pencapaian dan potensi perniagaan mereka.
PKS perlu bertindak awal untuk selesaikan masalah kewangan mereka. Ini dapat mengelakkan penggulungan atau tindakan muflis.
Sebelum ini, permohonan PKS pernah ditolak atau tidak layak kerana ada tindakan perundangan daripada bank ke atas pemohon ataupun pemilik mengalami penggulungan syarikat atau diisytihar muflis.
Bagaimana SPPK bantu memulihkan PKS yang bermasalah?
Sejak penubuhannya, SPPK menerima lebih 1,500 permohonan PKS. 90 peratus permohonan diluluskan untuk penyusunan atau penjadualan semula. Ada permohonan ditolak kerana pemohon tidak layak, contohnya:
- Perniagaan itu telah berhenti beroperasi dan
- Tindakan undang-undang dimulakan oleh institusi kewangan terhadap pemohon atau
- Pemilik telah mencapai peringkat muflis atau syarikat digulungkan.
Lebih 50 peratus PKS yang dibantu berjaya pulihkan aliran wang, memajukan semula perniagaan dan terus maju.
Apakah perkhidmatan tambahan SPPK bagi PKS yang mempunyai pembiayaan dengan beberapa pemberi pinjaman?
- PKS yang dibiayai lebih dari satu bank biasanya sukar untuk dapat penyelesaian bagi masalah pembiayaan. Ini kerana mereka perlu berhubung dengan setiap bank satu demi satu. Selain itu, jika satu bank menolak permohonan mereka, semakin sukar untuk PKS membayar balik bank-bank lain.
- Pihak Sekretariat biasanya akan adakan mesyuarat dengan pemberi pinjaman supaya PKS dan bank-bank ini dapat berbincang dengan jujur dan mendalam.
- Bagi PKS:
Dapat bercakap dengan semua bank tanpa perlu jumpa secara berasingan (jimatkan masa dan kos).
- Bagi bank :
Boleh dengar penjelasan PKS untuk tentukan penyelesaian hutang adil bagi semua.
- Oleh yang demikian, bantuan SPPK memastikan masalah kewangan PKS dapat diselesaikan dengan cekap.
- Bagi PKS:
Bagaimana PKS dapat berhubung dengan bank untuk Bantuan Bayaran Balik atau bantuan SPPK?
Hubungi Pusat Hubungan Pelanggan bagi bank berkenaan di laman web mereka untuk maklumat tentang program bayaran balik termasuklah SPPK.
PKS juga boleh dapatkan maklumat SPPK melalui:
- Laman Web www.akpk.org.my
- Pusat Panggilan AKPK : 03-2616 7766
