Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

PKS Berdaya Tahan ialah PKS Lestari

Fakta industri PKS di Malaysia

1

Dalam 17 tahun yang lepas, KDNK bagi PKS meningkat dengan lebih pesat berbanding KDNK negara. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mewakili sebahagian besar perniagaan di Malaysia. PKS memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Ini membuktikan bahawa perusahaan seperti ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara.
Sumber: SME Corp

2

Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan menjadi penyumbang terbesar (80%). Sektor-sektor ini menjadi pemacu utama kegiatan KDNK PKS. Pada tahun 2020, statistik yang tercatat adalah seperti berikut:

Sumbangan KDNK: 38.2% (RM512.8 bilion)

Pengambilan Pekerja PKS: 48.0& (7.5 juta)

Sumber: Sumber: Jabatan Statistik Malaysia

3

Di seluruh dunia, kemahiran kewangan PKS dianggap sebagai sangat penting. Pendidikan kewangan PKS memastikan pembangunan perniagaannya. Jenis pendidikan untuk PKS bergantung kepada saiz dan peringkat perkembangannya.
Sumber: OECD

4

PKS yang kukuh dan berdaya tahan perlu bijak menjalankan perniagaan dan pandai menggunakan alat-alat pengurusan kewangan yang praktikal.
Sumber: OECD

5

Di AKPK, kami menawarkan beberapa sumber percuma bagi pengurusan kewangan yang lebih baik, termasuklah Bahan e-Pembelajaran, Webinar, dan Templat Perniagaan yang berguna tidak kira perniagaan anda baru bermula atau sudah mantap.

Kurikulum Pembelajaran

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah tulang belakang ekonomi bagi kebanyakan negara membangun. Perusahaan seperti ini membawa inovasi, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi yang mapan.

Untuk memastikan pembangunan berterusan, kita perlu mencipta peluang bagi PMKS. Salah satu halangan utama kepada perkembangan PMKS ialah kekurangan pendidikan kewangan.

AKPK menyediakan program khas bagi PMKS untuk menggalakkan celik wang dan pengurusan kewangan bertanggungjawab dalam kalangan orang awam. Intipati program ini memberikan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan dalam menjalankan perniagaan harian.




 

Pemilihan dan Penggunaan
Perkhidmatan Kewangan

Perancangan Kewangan

Risiko dan Insurans

Lanskap
Kewangan

Nilai-nilai dan Etika

  1. Objektif modul ini ialah untuk membantu PKS memahami kelebihan, had-had dan akibat yang mungkin apabila:
    • Menggunakan produk pembayaran dan deposit rasmi.
    • Memanfaatkan e-Pembayaran dan transaksi perbankan digital.
    • Memahami fi-fi bagi kaedah pembayaran yang digunakan oleh klien (cthnya: terminal tanpa sentuh dan sebagainya.)
    • Mendapatkan perkhidmatan kewangan rasmi dan faktor-faktor yang mempengaruhi permohonan pinjaman dan kelulusannya.
  1. Hasil pembelajaran modul ini ialah supaya PKS dapat membezakan di antara kewangan peribadi dan kewangan perniagaan supaya mereka lebih peka terhadap peluang pembiayaan yang ada. Selain itu, modul ini turut mengajarkan cara berinteraksi dengan pembiaya agar menepati keperluan PKS.
Kembangkan Lagi Runtuhkan
  1. Objektif modul ini ialah untuk memberikan PKS maklumat tentang perancangan kewangan yang mudah, praktikal dan mudah difahami, termasuklah:
    • Cara menjadikan perniagaan mereka lebih rasmi dengan pendaftaran yang bersesuaian dan manfaat-manfaatnya.
    • Penjelasan mudah tentang konsep pengurusan kewangan seperti aliran tunai, konsep pulangan modal, dan masa pusing balik stok. Konsep-konsep ini membantu mereka menilaikan profil perniagaan dan mengenalpasti masalah kewangan yang mungkin muncul. Ini menjelaskan faktor-faktor seperti keuntungan, kecairan, kecekapan dan keterhutangan bagi sesebuah PKS.
    • Petua menambah baik aliran keuntungan dan tunai dan cara merancang dan memperbaiki strategi perniagaan.
  1. Hasil pembelajaran modul ini ialah supaya PKS dapat membuat rekod kewangan asas dan merancang strategi kewangan perniagaan mereka dengan lebih baik.
Kembangkan Lagi Runtuhkan
  1. Objektif modul ini ialah untuk mengajar PKS tentang pengurusan risiko, termasuklah:
    • Kesedaran tentang profil risiko peribadi dan perniagaan, keinginan risiko dan pengurusan. Selain itu, mereka juga didedahkan kepada pengetahuan tentang produk insurans atau takaful yang dapat mengurangkan risiko.
    • Sistem dan kawalan dalaman yang betul supaya risiko-risiko yang selalu dihadapi PKS dapat ditangani dengan cekap, contohnya seperti risiko apabila gagal mengira stok dan pergerakan tunai runcit.
  1. Hasil pembelajaran modul ini ialah supaya PKS mengenali semua risiko dan peluang kewangan dan bukan kewangan. Dengan ilmu ini, mereka dapat menangani risiko ini dengan cekap menggunakan kawalan dalaman yang mencukupi.
Kembangkan Lagi Runtuhkan
  1. Objektif modul ini ialah untuk mengajar PKS tentang latarbelakang kewangan di Malaysia, termasuklah:
    • Bantuan kerajaan yang bersifat kewangan dan bukan kewangan (contohnya untuk meningkatkan keupayaan perniagaan)
    • Memahami risiko apabila berurusan dengan produk kewangan tidak rasmi dan tidak dikawal selia.
  1. Hasil pembelajaran modul ini ialah supaya PKS memahami cara mendapatkan bantuan kewangan dan bukan kewangan. Apabila mereka memahami latarbelakang perniagaan dan kewangan, PKS boleh mengelakkan penipuan kewangan ataupun perkhidmatan kewangan yang tidak dikawal selia (contohnya: peminjam wang yang tidak sah).
Kembangkan Lagi Runtuhkan
  1. Objektif modul ini ialah untuk mengajar PKS tentang kepentingan nilai-nilai dan etika perniagaan, termasuklah:
    • Faedah menunaikan kewajipan kewangan (contohnya integriti dan kebertanggungjawaban tidak terjejas, skor kredit baik bagi pinjaman pada masa depan).
    • Tanggungjawab mereka terhadap pekerja, rantaian bekalan dan masyarakat.
  1. Hasil pembelajaran modul ini ialah untuk memupuk nilai-nilai positif bagi PKS, contohnya seperti hormat-menghormati dan kejujuran, supaya mereka dapat bantu membentukkan masyarakat yang maju dan bersepadu.
Kembangkan Lagi Runtuhkan

Templat Perniagaan dan Kewangan yang Praktikal

Templat Aliran
Tunai

Templat Untung dan Rugi

Templat Kunci Kira-kira

  • Sebagai panduan langkah demi langkah untuk merekodkan aliran keluar masuk tunai.
  • Untuk pengiraan akaun mudah seperti jualan, kos barang dan untung kasar.
  • Sebagai panduan untuk mengenalpasti bahagian mana yang memerlukan perhatian lebih dalam perniagaan, contohnya kekuatan model perniagaan mereka berbanding pesaing lain.
  • Untuk meramalkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan akan datang, supaya PKS dapat merancang awal dan mengukur kemajuan.
  • Memudahkan PKS menyediakan pelan tindakan untuk mendapatkan pelanggan baharu bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Terokai MyBijakNiaga

Ketahui lanjut
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia