Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Panduan Urus Sendiri Pemulihan Kredit

Pengenalan

Pelan pemulihan hutang biasanya dimulakan oleh pihak peminjam dan dinilai oleh pemiutang mereka. Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman, anda boleh terus berunding dengan pihak pemiutang untuk penyusunan atau penjadualan semula pinjaman tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh mengemukakan cadangan pembayaran balik yang bersesuaian mengikut kemampuan anda untuk pertimbangan pihak pemiutang. Selepas menilai cadangan pembayaran balik hutang anda, pihak pemiutang boleh menerima atau menolak cadangan tersebut, atau berunding dengan anda untuk mendapat pembayaran lebih.

Pemiutang mungkin tidak serta merta menerima atau menolak cadangan anda. Walau bagaimana, pemiutang menghargai keikhlasan anda membayar balik hutang dan sedia bekerjasama untuk menghasilkan pelan pemulihan hutang. Anda harus bersedia untuk mengubah gaya hidup kerana pelan seperti ini memerlukan kesungguhan, dedikasi dan pengupayaan diri.

Pelajari Selanjutnya
 
 

Prosesnya

Sebagai sebahagian daripada usaha AKPK untuk menggalakkan peminjam mengawal sepenuhnya kewangan masing-masing, dokumen 'Panduan Urus Sendiri' (PUS) ini diterbitkan untuk membantu peminjam berkomunikasi atau berunding secara menerus dengan pihak pemberi pinjaman tentang cadangan pembayaran balik hutang mereka.

Peminjam dinasihatkan untuk menggunakan dokumen PUS sebagai panduan bagi cadangan pembayaran balik hutang mereka dan perlu menghubungi pemberi pinjaman mereka terlebih dahulu sebelum meminta bantuan daripada mana-mana pihak lain. Sebagai peminjam, sila pastikan bahawa anda:

  • menerima jawapan bertulis daripada pemberi pinjaman tentang cadangan pembayaran balik hutang.
  • menyimpan semua dokumen surat-menyurat, rekod pembayaran dan dokumen lain yang berkaitan dengan pinjaman.

Langkah-Langkah Bagi Panduan Urus Sendiri Pemulihan Hutang

Berikut adalah langkah-langkah bagi PUS. Panduan langkah demi langkah ini termasuklah dokumen-dokumen tertentu untuk menyokong cadangan pembayaran balik peminjan.

1

Langkah 1 Nilaikan Keadaan Kewangan Anda

Sediakan bajet bulanan dengan menggunakan Borang A (Lampiran 1). Ambil kira juga perbelanjaan anda bagi setiap suku tahun, setengah tahun atau tahunan.

Pastikan anda realistik tentang perbelanjaan bulanan supaya ada lebihan pendapatan sebanyak yang mungkin untuk membayar balik hutang anda.

Kembangkan lagi Runtuhkan
2

Langkah 2 Senaraikan Semua Hutang Belum Bayar Anda

Sediakan sebuah Cadangan Pembayaran Hutang: Pemiutang Pelbagai dengan menggunakan Borang B : Cadangan Pembayaran Hutang: Pemiutang Pelbagai (Lampiran 2).
Kira pembayaran pro-rata kepada setiap pemiutang berdasarkan formula di Lampiran 3: Formula bagi Pembayaran Pro Rata..

3

Langkah 3 Kenalpasti Pendapatan dan Belanjawan Perbelanjaan Anda

Sediakan surat-surat cadangan pembayaran balik hutang anda:

Kembangkan lagi Runtuhkan
4

Langkah 4: Hantar Surat Cadangan Kepada Pemiutang Anda

Kemukakan surat cadangan anda kepada pemiutang bersama-sama dengan:

  • Penyata Pendapatan
  • Penyata KWSP
  • Penyata Cukai Pendapatan
  • Borang A
  • Cek Pembayaran (jika boleh)
  • Borang B – bagi pemiutang pelbagai
Kembangkan lagi Runtuhkan
5

Langkah 5

Hubungi pihak pemiutang selepas memberi mereka masa untuk mengkaji dan menilai cadangan anda. Anda mungkin perlu membuat perundingan selanjutnya dengan pemiutang.

Nota: Contoh surat dan langkah-langkah yang ditunjukkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Sila buat penyesuaian yang perlu bagi menggambarkan kedudukan kewangan sebenar anda.

Baca Soalan-soalan Lazim
Kembangkan lagi Runtuhkan
Baca Soalan-soalan Lazim

Adakah proses ini terlalu rumit untuk anda uruskan sendiri?
Apa kata pertimbangkan dua pilihan berikut?

Pelajari Lebih Lanjut Mengenai Program Pengurusan Kredit Kami

Pelajari Lebih Lanjut

Berhubung Dengan Penasihat Profesional Kami

Buat Tempahan Janji Temu
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia