Mulai rasa tekanan akibat sukar bayar balik hutang anda?
Sukar untuk membuat pembayaran balik bulanan anda?
Kami bersedia untuk membantu anda mengharungi segala kesukaran kewangan dengan Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.
Anda penentu kejayaan kawalan kewangan anda.
Sekiranya anda menyertai PPK, anda seharusnya sudah bersedia dari segi mental untuk mengorbankan gaya hidup sedia ada dan bersemangat untuk mendisiplinkan diri membuat pembayaran secara berkala demi membebaskan diri daripada bebanan hutang masa hadapan.
Saya Ingin Kawal Semula Kehidupan Saya
Proses Permohonan
Permohonan PPK
- Untuk memohon sila ke borang atas talian kami di pautan ini sini
- Pilih ‘Individu/Empunya tunggal/PKS’
- Pilih ‘Individu/Empunya Tunggal’
- Isikan borang pendaftaran
- Selepas pendaftaran, pelanggan akan mendapat emel pengaktifan
- Klik pautan dalam emel pengaktifan dan lengkapkan proses permohonan
- Pelanggan perlu memberikan salinan nombor kad pengenalan dan bukti pendapatan. Bagi pelanggan yang bekerja sendiri, mereka perlu menyediakan akuan berkanun tentang pendapatan, CCRIS terkini dan mana-mana dokumen guaman, jika ada.
Khidmat Nasihat
- Penasihat kewangan AKPK akan menghubungi anda dan menemuduga melalui telefon.
- Setelah pendaftaran PPK diluluskan, pelanggan perlu membayar bayaran pertama sebelum PPK dapat diaktifkan.
Pembayaran PPK
- Pelanggan wajib membayar ansuran PPK tepat pada masanya.
- Pembayaran boleh dibuat melalui cara-cara berikut:
- Apakah perkara yang menentukan PPK yang berjaya?
- Ketekadan dan semangat yang kukuh untuk mendapat kawalan ke atas hutang dan meneruskan kehidupan
- Disiplin dalam membuat pembayaran secara berkala
- Penyesuaian gaya kehidupan
- Kesanggupan untuk berkorban demi kebebasan hutang pada masa depan
Penjelasan Kredit Sepenuhnya di bawah PPK
- Pelanggan akan tamat PPK apabila selesai menjelaskan semua hutang, lebih awal atau mengikut jadual.
Penamatan PPK
- PPK akan ditamatkan serta merta sekiranya pelanggan gagal membayar ansuran bulanan
- Pelanggan dapat menamatkan penyertaan daripada PPK selepas tempoh satu (1) tahun.
- PPK akan ditarik semula sekiranya mendapat pemberitahuan mengenai kemuflisan atau kematian peserta PPK
Kesan Menyertai PPK
- Tidak dibenarkan menggunakan kredit sedia ada (jika ada)
- Kelulusan kad kredit baharu semasa berada dalam PPK tertakluk kepada budi bicara penyedia perkhidmatan kewangan pelanggan.
Soalan Lazim PPK
Apakah jenis kemudahan yang disediakan?
Apakah kebaikan menyertai PPK?
Apakah kesan menyertai PPK?
Apakah itu laporan kredit CCRIS?
Testimonial