Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

Dengan bantuan yang betul, segala urusan menjadi mudah

Kenali perniagaan anda

  • Pastikan anda jujur pada diri sendiri semasa mencari punca masalah kewangan perniagaan anda.
  • Pastikan matlamat dan perancangan anda jelas untuk memulihkan perniagaan dan tentukan apa yang diperlukan untuk mencapainya matlamat ini.
  • Kerap beri perhatian kepada bantuan yang ada untuk PKS bergantung kepada jenisnya (perusahaan mikro, kecil, sederhana) dan juga jenis-jenis pemiutang anda.
Kembangkan Lagi Susutkan

Dapatkan bantuan daripada tempat yang betul

  • Bagi kemudahan perbankan, pemilik boleh berjumpa dengan bank mereka untuk dapatkan bantuan bayaran balik.
  • Bantuan bayaran balik memberikan sedikit kelegaan dan menguntungkan PKS dan juga bank. Jika diluluskan, PKS diberikan sedikit kelonggaran untuk tertumpu kepada prestasi perniagaan. PKS juga mengelak kos perundangan tinggi jika bank ambil tindakan perundangan untuk dapatkan bayaran hutang. Bagi pihak bank pula, langkah ini memastikan bayaran balik berterusan. Bank menjalankan perniagaan peminjaman dan ada tanggungjawab dan amanah untuk uruskan simpanan/pelaburan pelanggan mereka.
Kembangkan Lagi Susutkan

Cara Berbincang dengan Berkesan

  • Tentukan apakah sebab utama yang menyebabkan masalah yang dihadapi.
  • Tentukan jika perniagaan boleh terus berjalan atau perlu berhenti, atau dihentikan buat sementara waktu.
  • Kira jumlah dana/wang yang perlu untuk tampung operasi perniagaan. Sediakan pelan tindakan supaya perniagaan boleh terus dijalankan.
Kembangkan Lagi Susutkan

Buat Permohonan Bagi Skim Penyelesaian
Pinjaman Kecil (SPPK) Sek

Buat Permohonan Sekarang

Dapatkan Bantuan Tambahan Dengan Meja Bantuan
Perusahaan Mikro

Pelajari Lebih Lanjut
 

Ingin pelajari lebih banyak lagi tentang lanskap kewangan, perancangan kewangan dan pengetahuan lain yang berkaitan dengan perniagaan anda? Lihatlah bahagian Pendidikan Kewangan kami supaya pengetahuan kewangan anda lebih lengkap!

Pelajari Lebih Lanjut
 
✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia