Langkau ke kandungan utama

Klik di sini untuk carian pantas

Aa

✕
  Individu  
Anda Kini di

Portal Sehenti AKPK

-a
+A

AKPK Sahabat Kewangan Anda


Melalui Khidmat Nasihat Kewangan AKPK, pelanggan kami dapat memahami prinsip kewangan penting, kenal pasti cara terbaik mengatasi hutang kewangan, mengubah tabiat pengurusan wang yang tidak berkesan dan merancang untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Lihat Jenis Nasihat Yang Kami Berikan

 

Jenis Nasihat Yang Kami Berikan

Perancangan Kewangan

Bermula dengan pelan kewangan yang holistik untuk setiap individu, ia memberikan gambaran keadaan kewangan semasa, matlamat kewangan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai matlamat kewangan seseorang. Perancangan kewangan yang berkesan akan mengambil kira pengurusan aliran wang, simpanan, pengurusan kredit, pelaburan dan insurans.

Perancangan kewangan juga bersifat dinamik untuk membantu anda menguruskan keperluan semasa dan membantu anda mula menyimpan wang supaya dapat mencapai matlamat jangka masa panjang seperti persaraan.

Perancangan kewangan membolehkan anda mendapatkan pulangan dan pertumbuhan aset yang sebanyak mungkin supaya akan mencapai matlamat kewangan pada masa depan.

Membuat Bajet

Apabila menyediakan bajet, kita membuat pelan yang boleh menguruskan aliran tunai. Bajet boleh membantu anda membuat keputusan kewangan. Dengan sebuah bajet anda boleh ketahui sama ada dana anda mencukupi untuk mencapai mana-mana matlamat yang anda inginkan.

Bajet membantu anda menyemak dan mengawal keadaan kewangan semasa anda. Anda digalakkan untuk memastikan peratusan bagi setiap jenis perbelanjaan adalah seperti berikut:

  • Tidak melebihi 40% - ansuran bulanan bagi bayaran hutang
  • Tidak melebihi 50% - perbelanjaan isi rumah
  • Sekurang-kurangnya 10% - simpanan
Dalam membuat bajet, pengurusan aliran tunai membantu anda menyemak, memeriksa, dan mengubah aliran tunai peribadi anda. Pendapatan atau aliran masuk wang seseorang itu mungkin terdiri daripada:
  • Pendapatan aktif, contohnya gaji dan keuntungan perniagaan
  • Pendapatan pasif, contohnya dividen, sewa, royalti dan sebagainya
Tiga (3) jenis perbelanjaan atau aliran keluar tunai ialah:
  • Perbelanjaan tetap, contohnya pinjaman rumah, bayaran ansuran sewa beli, pembayaran sewa, premium insurans/takaful, dan sebagainya
  • Perbelanjaan tidak tetap seperti makanan, pakaian, utiliti dan sebagainya
  • Perbelanjaan mengikut budi bicara seperti makan di luar, membeli barang berjenama, hiburan dan sebagainya.


Perlu Bantuan Kami?

 

Insurans dan Takaful

Insurans ialah sejenis kontrak yang disediakan dalam bentuk sebuah polisi. Kontrak ini ialah di antara seseorang individu dengan syarikat insurans mereka. Mereka mendapat perlindungan kewangan atau bayaran ganti rugi daripada syarikat insurans itu. Kepentingan insurans ialah:

  1. Perlindungan bagi diri sendiri dan keluarga kita
  2. Mengurangkan kerisauan jika berlakunya kejadian yang tidak dijangka
  3. Untuk keselamatan kewangan
  4. Untuk ketenangan minda
  5. Supaya ada harta yang dapat ditinggalkan kepada ahli keluarga selepas pemergian kita.


Siapa Yang Layak Mendapat Khidmat Nasihat Ini?

 

Pelaburan

Sebuah pelaburan ialah sebuah aset yang menghasilkan pendapatan atau keuntungan apabila nilai aset itu naik pada masa depan. Ini ialah satu cara baik untuk menambahkan harta kita pada masa depan.

Ada pelbagai jenis pilihan pelaburan, contohnya seperti ekuiti, logam bernilai seperti emas ataupun komoditi.

Apa-apa sahaja yang lama-kelamaan boleh naik nilai atau memberikan pendapatan boleh menjadi sebuah pelaburan.

Dapatkan Nasihat Profesional Kami?

Perkhidmatan dan Kemudahan Perbankan

Merujuk kepada sebarang perkhidmatan atau kemudahan yang diberikan kepada orang ramai oleh Penyedia Produk Perbankan termasuk akaun deposit seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Akaun Mata Wang Asing, Akaun Pelaburan Emas, atau perkhidmatan pengurusan tunai melalui perbankan mudah alih atau dalam talian dan perkhidmatan kad termasuk kad kredit, pemprosesan perkhidmatan runcit dan perkhidmatan kad debit.

 

Produk Pinjaman/Pembiayaan

Sejumlah wang yang individu atau sekumpulan individu atau syarikat meminjam dan menanggung hutang dan perlu membayar semula dengan faedah dalam tempoh masa tertentu. Pembiayaan Islamik merujuk kepada bagaimana individu atau syarikat mengurus duit dan mengumpul dana mengikut prinsip Shariah.



Hubungi Kami

 

Perusahaan Kecil dan Sederhana
dan juga
Perusahaan
Mikro

Ketahui Lebih Lanjut
 

Jadual Khidmat Nasihat Kewangan

Perkhidmatan ini disediakan di semua cawangan AKPK di seluruh negara dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Harap maklum bahawa pejabat ditutup semasa cuti umum.

Cawangan
Hari
Masa
Semua Cawangan AKPK
Isnin hingga Jumaat
9 pagi – 4.30 petang
Kota Bharu dan Kuala Terengganu
Ahad hingga Khamis
9 pagi – 4.30 petang
Semua Cawangan AKPK
Hari:
Isnin hingga Jumaat

Masa:
9 pagi – 4.30 petang
Cawangan Kuala Lumpur
Hari:
Isnin hingga Jumaat

Masa:
9 pagi – 4.30 petang
Kota Bharu & Kuala Terengganu
Hari:
Ahad hingga Khamis

Masa:
9 pagi – 4.30 petang
 

Testimoni

✕
Belakang

Pengajian Tinggi


Golongan belia kini menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Bila tiba masanya, mereka perlu menguasai masa depan dan kewangan mereka. Pendidikan kewangan bagi peringkat pengajian tinggi tertumpu kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, yang sedang melalui atau menamatkan pengajian tinggi. Kami memupuk kemahiran kewangan yang betul semasa mereka masih muda demi menguatkan asas pengurusan kewangan bagi masa depan. Modul ini tertumpu kepada pengurusan aliran tunai, kepentingan wang simpanan dan belanjawan, perbankan Internet dan mana-mana topik yang sesuai untuk golongan ini.

Permulaan Pekerjaan


Golongan Permulaan Pekerjaan terdiri daripada mereka yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun, terutamanya mereka yang baru sahaja menceburi alam pekerjaan. Pendidikan kewangan amat penting bagi golongan ini kerana kini mereka lebih perlu berdikari dalam menguruskan kewangan sendiri. Mereka mungkin ingin membeli kereta secepat mungkin sungguhpun hajat ini merupakan kehendak dan bukannya keperluan. Modul Permulaan Pekerjaan kami menumpukan kepada istilah-istilah asas yang perlu difahami dan mengenai kepentingan pinjaman produktif dalam meningkatkan nilai bersih pada masa akan datang. Modul ini turut memupuk budaya mengurus hutang dengan bijaksana. Modul ini juga akan memperkenalkan asas pelaburan dan kepentingan insurans untuk perlindungan.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Modul ini tertumpu kepada mereka yang ingin mula mendirikan rumahtangga. Golongan ini menghampiri detik kehidupan yang penuh dengan pencapaian penting seperti perkahwinan, mendapat cahaya mata dan memiliki rumah baharu. Modul ini direka bagi mereka di antara umur 30 hingga 40 tahun. Tumpuan modul ini ialah ke atas kaedah melangsaikan pinjaman dan mengurangkan hutang supaya mereka dapat menyediakan diri bagi persaraan dan bersedia untuk menghadapi ketidakpastian hidup. Modul ini memperkenalkan jenis-jenis perlindungan yang sedia ada agar mereka memahami jenis-jenis polisi yang bersesuaian dan mampu milik bagi keluarga mereka. Usaha memperbanyakkan pelaburan juga dititikberatkan untuk memberikan pendapatan tambahan selepas bersara.

Memulakan dan Membesarkan Keluarga

Perubahan daripada alam pekerjaan kepada persaraan sepenuhnya melibatkan banyak keputusan sukar. Ini termasuk perkara seperti keperluan pendapatan, pengurusan harta persaraan, pencen, program persaraan kebangsaan dan juga sama ada seseorang itu ingin bersara secara berperingkat atau secara mendadak. Sesetengah daripada keputusan yang perlu dibuat pada masa ini adalah kekal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang ke atas kesejahteraan ekonomi fasa persaraan. Untuk membuat pilihan yang lebih baik, mereka memerlukan pendidikan kewangan dan pemahaman terperinci tentang pelan persaraan mereka. Oleh itu, modul pra-persaraan kami membimbing mereka supaya lebih bersedia untuk bersara dengan membuat perancangan dan memanfaatkan pelaburan mereka. Mereka juga boleh menyemak semula portfolio mereka di samping meneruskan polisi insurans dan melangsaikan hutang untuk menambahkan lagi simpanan.



Pasca-Persaraan

Kini, anda sudah bersara. Apakah rancangan kewangan anda? Pada hari ini, golongan pesara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, golongan ini harus memiliki semua sumber kewangan yang sepatutnya supaya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan bahagia, terutamanya jika inginkan ketenangan. Menyimpan harta dan merancang agihannya sangat penting pada peringkat ini. Namun begitu, kecelikan dan pendidikan kewangan tidak berakhir apabila anda bersara. Sebaliknya, pada saat ini, pengurusan kewangan dan persiapan bagi semua kemungkinan menjadi lebih penting. Modul pasca-persaraan ini disasarkan kepada mereka yang beralih ke peringkat persaraan atau dalam peringkat awal persaraan.

Belia
Meningkat Dewasa
Dewasa
Meningkat Usia