AKPK memberikan bantuan kepada peminjam yang cuba mengawal semula kredit mereka. Mereka bekerja rapat dengan penasihat kewangan untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman yang khusus kepada keperluan mereka. Pada masa yang sama, mereka juga akan berunding dengan penyedia perkhidmatan kewangan mereka.
Berikut adalah sebuah kisah kejayaan.
Seorang ibu tunggal yang tiada pekerjaan cuba mendapatkan bantuan di AKPK. Suaminya meninggal kerana serangan jantung semasa berumur 40an dan meninggalkan tiga (3) orang anak di bawah umur 15 tahun. Wanita itu layak mendapat wang persaraan sebanyak RM2000 sebulan daripada faedah keselamatan sosial suaminya. Walau bagaimana, beliau juga perlu membuat pembayaran bulanan bagi rumah dan kereta sejumlah RM1,500. Sudah tentu baki RM500 itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan menyara tiga (3) anak muda.
Pihak PERKESO mencadangkan kepada ibu tunggal itu supaya mendapat nasihat daripada AKPK berkenaan isu kredit itu. Semasa sesi khidmat nasihat dengan AKPK, didapati yang RM1,300 sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan kehidupan. Berdasarkan jumlah tersebut, AKPK telah menyusun semula jumlah yang perlu dibayar balik setiap bulan bagi pinjaman rumah dan kereta beliau untuk mengurangkan beban kewangannya.
Ini hanyalah satu daripada banyak kes mereka yang mengalami kesusahan kewangan dan tidak mempunyai tempat lain untuk mendapatkan pertolongan. Program Pengurusan Kredit AKPK telah membantu beribu-ribu individu seperti ibu tunggal tersebut untuk mengubah kehidupan mereka.
Para penasihat kewangan AKPK akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula yang khusus kepada keperluan anda melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda.